Sunday, July 5, 2015

Trip To Japan: TOKYO - part 5

Day 5 (20/10/2013): Tokyo 
     Hi oll.. Jom sambung balik pasal my trip ke Jepun. Ok, hari kelima adalah hari untuk berlegar2 di tokyo. Oh, ye. Lupa nak cerita pasal kenangan tak best kat Osaka sebelum ke tokyo. SOBSOBSOB.. Nangis dulu la jap. hahaa.. Disebabkan kitorang hanya spent 1 hari je kat Osaka, so agak rushing la. semua tempat yg kitorang rasa menarik kat Osaka tu kitorang nak pergi. Masa gerak balik dari kitorang punya last destination time kat Osaka tu (Floating Garden Observatory) pun dah malam kan. So sampai je kat hotel, siap2 kemas sebab nak kejar shinkansen ke tokyo pulak malam tu. Tapi sobsss, sedihnya. last shinkansen dah tinggal kitorang. Pastu terkulat2 kat situ tak tau nak buat apa. Nak tido satu malam mcm x sure pulak boleh dapat bilik ke tak malam2 buta tu. Nasib lah dapat tiket bas balik tokyo. Tapi tiket bas dia bapak la mahal. Opss, dah lupa berapa ratus ringgit sebab dah lama. haha. Pastu dah la seat dia aduhai, sempit nye. Aku yg kurus kering kecik molek ni pun terasa kesempitan dia. Apatah lagi org yg x berapa nak kecik molek. Adoii, xpe la. Atleast la takyah tido kat kaki lima. Sampai tokyo pagi2 tu terasa sejuk pulak angin meniup ke tulang. Tak sampai 10 degree Celsius pun aku rasa kalau x silap la.

     Sampai Tokyo dah pukul 8 ke 9 pagi macam tu. Adoi, confirm la tak dpt pergi byk tempat harini. Kitorang cepat2 balik rumah adik junior yg kitorang tumpang rumah tu sebab nak simpan beg2 yg kitorang bawak gi Osaka dulu. Nak mandi2 lagi. Pastu mulalah perjalanan kitorang kat tokyo ni ha..

Tokyo Camii, Yoyogi Uehara
     Tempat pertama kitorang pergi adalah Tokyo Camii. Apa ni?

 
 tadaaaa.. Ni la Masjid Tokyo. Hasil bantuan dari En Google, dapat la tau yg perkataan Camii ni dari Bahasa Turki. OOoooo, now I know. Hahaha.Kejap je kat sini. Solat pastu gerak gi tempat lain pulak. 

L.O.V.E Sculpture, Shinjuku
 Ha, kau! Gigih sangat Pusing2 Shinjuku sebab nak cari menda alah ni. Well done
 Aisyah Nik Mazlan sebab semangat google cara nak pergi sini sebelum sampai kat Jepun.. Konon2 kalau dah pergi  kat sini moga2 dapat la Jodoh ngan org Jepun kan. Tapi non hado! Bukan setakat laki jepun, Laki Melayu pun non hado!! kuikuiiii.. Ok, takpe nnt pergi Korea berdoa moga2 dapat laki Korea pulak. hhahaaha.

Harajuku
     Sampai2 Harajuku hujan la pulak. Perut yg memang dah lapar makin lapar time2 hujan ni. So, kitorang dengan perasan perasaan yakin, pergi lah terjah satu restoran ni. Nakla juga try makan sushi kat bumi Jepun ni kan. Takkan la pergi jepun tak makan sushi pulak kan.. haha.. so, Pasrah je la. Dalam hati, berdoa jgn lah tukang masak ni masukkn benda bukan2 dalam makanan kitorang. Kitorang jadi Vegetarian n makan seafood je selama kat jepun ni. hihiii..

Penat discuss ngan Ecah nak makan apa.

Tadaa, ni la makanan yg kitorang order. Memang tak cukup. Almaklumlah, time pergi Jepun kan poket tak penuh sangat. Baru habis belajar. Xde duit gaji lagi. mmppphhhh.. Yummieeyyy. Nak makan sushi lagi tapi xnak wasabi. I can't tolerate Wasabi. :P

Mak Inang. Sekali makan  kena 2195 yen. Eh, okay la kot ek. Lebih Kurang RM67. Bolehlah isi perut yg lapar sambil2 tgk orang shopping kat luar. Dapat berteduh dari hujan juga. hahaha

Habis makan2, hujan pun dah reda. So boleh la sambung aktiviti shopping kt Harajuku ni. Igtkan nak la usha mamat2 and awek2 Jepun ber'Coldsplay' kat Takashita Street ni. Tapii, macam x banyak sangat je. 
p/s: mesti korang cakap dalam hati, eleh buat pe pergi H&M, Forever 21 kat Jepun, mcm la mesia xde. tapi percaya lah, aku beli keperluan harian utk kat sana je. Beli stoking sbb mls nk basuh yg dah pakai. Ye la, cuaca sejuk, masa bila nak kering kalau basuh. Pastu beli Shawl sehelai. Utk pakai kat sana juga. kuikuiiii...

"Okay, jom lah balik. Esok nak bangun pagi nk pergi Tokyo Disneyland. Yeayyyy.. Tak sabar nak jadi kanak2 ribena esok" -- Bermonolog dalaman pulak malam tu. hahaha








2 comments:

  1. Bila terlepas tu amatlah menyeksakan, maka terbangkah duit seperti daun ditiup badai. Berapa lama eh dari osaka ke Tokyo naik bas? Saya duduk di Shinjuku, tapi tak sempat berjumpa dengan logo love tu. Sedih, sedih. Di harajuku sempat membeli baju bertulis nama sendiri dalam bahasa jepun. Tokyo mahal bukan main lagi huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak igt brp lama dari osaka ke tokyo. Tapi gerak dari osaka dah tgh malam. 11-12 camtu kot. Maybe 8-9 jam jugak la kot.
      Wow best betul boleh buat baju ada nama sendiri. Kalau tau buat juga

      Delete