Saturday, January 30, 2016

Korea Travelogue Autumn 2015 - Day 2: Garden Of Morning Calm

19 Nov 2015 ::Garden Of Morning Calm::
Annyeong. Alamak. lamanya delay. Hikss. Lamanya nak amik masa nak update blog ni. Hari kedua pun tak habis2 lagi. Camne nak habiskan lagi 7 hari lagi kat Korea ni? Hahahaaa.. Sorry la, sibuk sikit sejak dah jadi Houseman balik ni. Time tak sibuk pula internet pula habis Quota. Sekarang ni try pakai internet OneXOX pula. Nak try tgk ok tak internet dia. Hahaa. Tengok iklan dalam internet macam vavavom sangat. So, why not give it a try kan. haha.

Ok, first thing first.
Last entry dah cerita camne nak gi Nami Island kan. So, ni continous chapter from last chapter. Garden of Morning Calm ni still dalam Gapyeong lagi. memandangkan kita ada 1 day Gapyeong free tour kan, so apa salahnye kita cover tempat-tempat lain juga kan. Jangan la pergi Gapyeong tu just untuk ke Nami Island je kan. Takkan nak habiskan the whole 1 day kat Nami je kan. So, jomlah kita ke Garden of Morning Calm. Usually org yang ke Nami Island ni akan pergi Petite France juga. Tapi aku malas nak pergi ke Petite France memandangkan kat Petite France tu just tgk building dia je kan. Sorry, no offense! Ada je orang yang suka pergi Petite France tu. Sila2. haha.

Dari Nami Island nak ke Garden of Morning Calm tu agak jauh la juga. Around 1 hour plus juga la. Penat gila aku berdiri dari Nami ke Petite France. Petite France lagi dekat la. Time passenger turun kat Petite France tu aku pun apa lagi, terus la pergi duduk kat seat kosong. haha. Sempat juga la terlelap jap before sampai kat Garden of Morning Calm tu. 

Sampai2 sana hujan pula rintik-rintik. Payung tak bawa. nasib la baju ada hood. Dapatlah berteduh dari hujan kejap. Aku pakai coupun yang amik kat KTO kat KL tu kan. So, boleh la saving sikit. So aku just bayar 7000won la. Lupa pula exact harga dia. Masuk je kat situ, Subhanallah!! Lawa sangat. Nami Island memang sangat lawa. Kat sini pun lawa sangat giler. In a different way. Ahaakksss..

So, Jom layan gambar-gambar yang aku amik kat sana. Jom layan gambar sampai MUNTAH!! haha

Thanks to my Hoodie. <3 p="">

Ibuku-ibuku si ikan kaloi.. 

Ni kalau ada 1 pokok bonsai macam ni kat rumah ni syok juga kan

Lawanyeee...

Gambar melompat kat mana2 pun wajib ada

Tumpang ikat tali kasut jap. ^.~

Subhanallah. Lawa sangat. memang sesuai ngan nama. Garden of Morning Calm. Even aku pergi petang pun still calm lagi. haha

Semua tempat pun lawa untuk amik gambar. nasib bateri phone bertahan..

Oklah, penat dah pusing satu taman ni. Besar gila. Kitorang balik dulu. Acah-acah naik titi gantung la before ciowwww.. hikss

Untuk balik ke Seoul, aku pilih untuk naik train dari Cheongpyeong St. Sebab tu train station yang paling dekat dengan Garden of Morning Calm. Takkan la nak naik dari Gapyeong st. pula kan. It will take forever to go there from here by bus. Pengsan... hahaaa. Think smart ok guys. 

On da way balik tu sempat usha budak pompuan ni duk ber'make-up' dalam train. Kat Korea ni la aku selalu nampak awek2 dia suka make-up walau dimana pun berada. Obsess betul ngan kecantikan. No wonder la cosmetik product kat sini ada kat mana-mana je. High demand. hahah


Okay bye. See u in day 3 at Korea. mmuaahhhxoxo
With LUV
nadia~




Friday, January 29, 2016

Korea Travelogue Autumn 2015 - Day 2: Nami Island & Garden of Morning Calm

19 Nov 2015 ::Nami Island::
Hari ni kitorang decide untuk pergi menikmati Autumn di Nami Island. Kenapa? Sebab aku takut nanti daun2 yang cantik-cantik kaler nya tu habis luruh semuanya. So, untuk mengelakkan daripada perasaan sedih menjelma disebabkan daun-daun yang lawa tu luruh, so, kitorang decide nak pergi Nami Island awal-awal. So lets go. So, this is my preferred way to go there. Eh, banyak nye so dalam perenggan ni. Mihihiiiii..
Kitorang naik subway ke Gapyeong Station. Tolong jangan tanya berapa harga dia sebab aku main guna T-money je. Perjalanan lebih kurang 2 hours. Ada la kena tukar line subway here n there. Aku nasihatkan korang install la application subway dari google playstore or app store tu ha. Sangat membantu.

Ni la contohnya. Kitorang dari Anguk Station. So, just click kat Anguk Station untuk departs from and Gapyeong Station untuk arrives at. Yang kaler orange tu tempat-tempat yang korang kena turun n tukar line lain. For me subway kat Korea is far more easier compared to Japan punya. Memandangkan kitorang plan nak pergi Nami Island dulu, so kitorang akan turun kat Gapyeong Station dulu n amik  Shuttle Bus untuk tour sekeliling Gapyeong. Memandangkan aku ada free ticket yang dapat dari KTO tu so dapatlah save bajet. Si Akmal pula ada juga free ticket tu tapi dia gi tinggal kat Malaysia pula. Olalaaaa. So, kena la bayar 6000 won kat pakcik driver tu. Untuk round sekeliling Gapyeong. Rugi-rugi.

Ni la rupa Gapyeong City Tour free pass tu untuk mereka-mereka yang tak tau. Haaa. Untung kan..

Ha kau. 1st day kan. Dalam subway pun gigih nak amik gambar. 
''ippeo...ippeo...ippeo...'' kata seorang makcik dalam subway ni kat aku before dia nak turun kat Cheongpyeong Station. Gigih ahjumma ni sampai nak ulang 3 kali kata aku ippeo sambil buat bentuk square kat muka dia to make sure aku faham maksud dia. Don't worry ahjumma. I know the meaning. Hahaaaa. Tu baru nampak aku. Belum nampak Nora Danish lagi. Mihahahaaaa.. Gelak perasan.
p/s: please ignore physical aku yang pendek ni. haha

Haaa, ni la entrance Gapyeong Station tu. Besar kannnn.. Depan station ni korang akan terus nampak Gapyeong City Tour Bus Stop. Memang yang belah ni. Jangan nak menggatal kaki nak gi cross the road nak tunggu bus kat bus stop on the other side tu pula.

Ni la rupa Bus Stop untuk shuttle bus tu.. Sila beratur cepat-cepat ye. Sebab ramai yang nak naik bas ni. Kalau nasib tak baik, kena berdiri pula dalam bas tu. Kalau nasib lagi tak baik korang terpaksa kena tinggal kat bus stop ni sebab tak cukup quota da. Tak leh nak sumbat dah.

Ha, see. Aku tak tipu. Ni bukti kata aku bernasib tak baik sebab kena berdiri. Sikit lagi nasib kitorang lagi tak baik sebab kitorang ni antara 2-3 org last yang berjaya disumbatkan dalam bas ni. Nampak tak aku sampai boleh snap picture driver ni sebab berdiri sebelah driver seat. Sobbssss... Takpe lah. Asal boleh naik bas ni juga. Kalau tak kena tunggu lagi 1 hour. Tak ke membazir masa namanya tu. 

Berjaya juga sampai Nami yang femes ni. Passport tipu-tipu untuk masuk ke Nami Island dah beli. So, jom bergegas masuk feri nak gi Nami Island. Phalli-phalliiiiiii.

Subhanallah. Lawa gilaaaa weyh. Tak leh lupa lagi kecantikkan n kelawaan Nami island ni. Lets chekidaut the beautiful picture here. Biarkan gambar berbicara.

My travel buddy here in Korea. 

oemgeeee.. Gigih nya nak shoot gambar melompat juga. Disebabkan kitorang just berdua, so terpaksa la guna timer untuk snap gambar kitorang melompat. hahaaa.. Huduhnya. Nampak habis isi perut time melompat. 

Kiss sikitt... MMuaahhhh..

Pose ala-ala model sikit. Tapi maaflah. Model ni pendek. Hahaha.Tempat wajib bergambar kalau da.

Berhenti rehat jap. Penat berjalan. Ni kalau tempat study kat Bandung dulu macam ni, confirm aku dapat 4.0 dah pointer.

Main cak-cak ngan daun maple. 

Berjalan, berjalan juga. Tangkap gambar, tangkap gambar juga. Menggedik , menggedik juga. Tapi solat jangan dilupakan. Kali ni berjaya cari musolla. Tak tertipu dah macam kat Incheon Airport semalam. 

Alamak, tetiba ternampak kedai org jual tteokbukki pula. So, stop makan tteokbukki dulu. Blerrghhhh, me don't like it. Makan 3 ketul je kot. Pastu suruh Akmal makan. Akmal pun x makan banyak. Urrghhh, igtkan kalau org Korea yang masakkan boleh jadi sedaplah. Tapi macam lebih kurang rasa yang aku pernah makan kat Bandung je. Tak suka. Reject!!




Lepas makan tteokbukki yang tak sedap tu, kitorang pun gi la solat dulu. Solat jamak siap2. Japgi nak pergi Garden of Morning Calm pula. 

Omooo, sempat lagi amik gambar kat sini before nak naik ferry nak balik. Haissh,,, bila la nak ada orang kat sebelah ni mcm dlm gambar tu. Jealousss!!

Ok, dah2. Takyah nak jealous-jealous lagi. Jom pergi Garden of Morning Calm pula. 

to be continued.....

Monday, November 23, 2015

Korea Travelogue Autumn 2015 - Day 1 ::Incheon Airport::

6 Nov 2015
Assalamualaikum.. Ayeayyy!! Lagi 2 hari dah nak fly ke Korea. Tak sabarnya nak gi usha oppa hasil cosmetic surgery. Excited gilaaaa. Tapi cuak juga at the same time. Almaklumlah berdua je. Backpacker pula tu. Semua buat sendiri. Lekk luu.. Jangan excited dulu. Kena settlekan benda-benda yang wajib dulu before fly. So, lets go to Setia City Mall untuk tukar duit. Memandangkan dompet ni tak berapa nak tebal, so tukar duit sikit sahaja. Aku tukar RM1550 je. Dapat lah 400,000 won. Shootttt. aku dah cuak dah. Boleh ke aku survive kat Korea tu karang. Tapi tawakkal je la... 





Tengah seronok-seronok pusing-pusing kat Setia City Mall tu tiba-tiba aku ternampak kedai Sangkaya ni. So disebabkan teringin nak jadi konon-konon macam hipster sikit, so aku mula lah berusaha dengan keras dengan membuat puppy eyes untuk mencairkan hati akak aku untuk belanja makan aiskrim kelapa kat sini. And aku berjaya!! Yess!! 
Well, ok je la aiskrim ni. Rasa macam ais krim kelapa kat depan Jabatan Forensic kat RSHS Bandung dulu. Hihiiii. Takpelah. Nak merasa. Orang belanja pula tu. 

Balik je dari Setia City Mall tu, aku pun start la aktiviti packing bag n aktiviti menyelongkar wardrobe akak aku untuk mencuri meminjam baju-baju/kasut-kasut/glove/stoking akak aku. Hahahaaa. Berasa sangat beruntung bila ada kakak ni. :D
Dah habis packing, acah-acah la timbang bag aku pakai penimbang berat badan yang ada kat rumah tu. Alamakkk!!! 13kg!! Macam mana ni. aku dah menggelabah bontot dah since luggage amik 20 kg je. So aku assume Akmal pun mesti la around 10 kg juga kan. kitorang dah janji nak divide 2. So disebabkan kegelabahan bontot yang semakin menjadi-jadi, aku pun decide untuk tambah luggage jadi 25 kg. Xpelah. tambah rm10 je. Berserah je la. 

8 Nov 2015
Hari yang ditunggu-tunggu tiba juga. Pagi tu aku gerak around pukul 530 pagi dari rumah akak aku. Mulanya plan taknak mandi pagi tu. Tapi fikir punya fikir, aku amik keputusan untuk mandi la juga sebab aku risau orang yang duduk sebelah aku dalam flight nanti pengsan pula. Seat aku n Akmal tak sebelah-menyebelahi tapi depan belakang. Kalau Akmal yang duduk sebelah aku memang aku malas dah nak mandi. Around pukul 6 macam tu sampai rumah Akmal kat Putra Height pastu terus memecut ke KLIA2. Tak turun salam ngan mak Akmal pun. Sangat tak sopan perempuan ini. Sampai KLIA2, after print out ticket kat Kiosk Airasia, kitorang pun beratur untuk drop luggage. And guess what??? Tak sampai 20 kg pun luggage kitorang dua orang sebab luggage Akmal 5kg macam tu je. So, what's the point of me to add on the luggage punya berat. Pembaziran telah berlaku. Sedih!! Takpelah, perjalanan harus diteruskan. Flight pukul 740 pagi.

So, perjalanan diteruskan and here I am inside the plane taking picture of the magnificent view throughout the window. Lawa sangat. Kagum dengan ciptaan Allah S.W.T

Sambil menikmati keindahan alam ciptaan tuhan, sambil menikmati keenakan Nasi Lemak Pak Nassir. Aku memang peminat tegar nasi lemak ni kalau nak flight AirAsia. Kite bagi 5 bintang!!
Yeayy.. Touchdown sudah. Excited sangat time tengok Incheon Airport ni. Sampai around pukul 3 mcm tu kot. Pukul 3 waktu Korea. Meaning pukul 2 waktu Malaysia. Sampai je airport, kitorang gi topup T-money kitorang yang dapat free dari KTO kat KL haritu. Aku isi 50,000 won. Lepas tu berlegar-legar la aku kat Incheon Airport tu cari musolla. Tapi, nan hado. Tersesat sampai ke tempat sembahyang org bukan Islam. So, lebur lah solat Zohor and Asar aku. Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dosa hambamu yang kerdil ini. Sobsss


Hasil perbincangan awal dengan tuan rumah aku :: Jin-ho :: ,kitorang pun pergi cari airport bus no 6011. Harga 10,000 won untuk one way ke rumah dia. nasib la naik bas ni. Kalau tak, memang merana la aku rasa kena usung bag naik turun tangga subway tu ha. Kitorang naik bas no 6011 ni and berhenti kat Changdeokgung Station. Mesti korang rasa macam familiar kan nama tu. Yes, u're right. Tu la Changdeokgung palace yang sangat famous kat Seoul tu. Memang lawa dengan Secret Garden dia tu. Tak sia-sia duduk kat rumah si Jin-ho ni. Dekat dengan Changdeokgung Palace n Bukchon Hanok Village. Dah la murah pulak tu. Aku just bayar rm500 je untuk penginapan kat rumah Jin-ho ni untuk 10 hari 9 malam. Best2!! Dah la Jin-ho ni tersangat la baik. Siap tunggu kitorang kat station bas lagi n tolong bawakan luggage kitorang pergi rumah dia. 5 stars to you Jin-ho!!


Mengisi perut yang kelaparan dengan kimbap segitiga tuna mayo n the so called famous banana milk tu. Sempat rembat time topup T-money kat 7eleven kat airport tadi. Btw, kena pakai seatbelt je dalam bas ni. Yang ni aku suka sebab almaklumlah, accident ni boleh berlaku di mana2. Patut buat kat Malaysia juga.

Bersambung.......
Esok nak pi Nami Island n Garden of Morning Calm...


Monday, October 26, 2015

Korea Travelogue Autumn 2015: The Preparation

      Annyeong Haseyo daripada agashi yang tengah jaga kaunter KTO tu. Wahhh, tajuk entry tak nak kalah. Nk guna bahasa omputih je tajuk kan. Tapi isi melalut dalam bahasa melayu juga. Mihihihiiii.
Yeahyeah, less than 2 weeks aku akan fly ke Korea. Weeehoooooo.. Me so excited!!

Ok, lets back to my preparation thingy. Kalau sape2 yang suka baca my blog mesti terperasan yang aku ada tulis entry pasal special gift yang KTO nak bagi ke rakyat Malaysia yang akan pergi ke Seoul sampai paling lewat December 2016. Takpe, kalau korang tak terbaca entry tu n rasa korang nak juga hadiah T-money n Coupon Booklet yang macam aku dapat ni, jangan segan silu, sila la klik link ni --> AkuNakTMoneyFreeJuga!! Kat sini aku bagitau cara-cara macam mana nk dapat T-money & coupon booklet macam aku dapat ni

     Ok, actually aku sangat la bersemangat nak dapatkan T-Money tu sebab konon-kononnya nak la T-Money Big Bang limited edition kan. Tapi sedih sangat!! Big Bang punya dah habis. So, diorang ganti dengan yg lain. Sobbbssss. Sedih. Tak dapat nak tatap muka TOP lama-lama. Tu la, padahal ada je option untuk suruh diorang post barang-barang tu tapi risau sangat benda-benda tu hilang. So, gigih lah aku google cara-cara nak pergi KTO kat bangunan HapSeng tu naik monorail. Rasa nak tercabut kaki jalan. Takpe la, prepare sebelum lagi banyak nak berjalan kat Korea nanti. Almaklumlah backpacker's style.

 
     Waaaa, jakun sangat tengok pamphlet banyak gila kat sini. Free of charge ok!! Ada satu booklet yang ada coupon juga dalam tu selain daripada coupon booklet yang aku dapat sebab isi survey dari KTO ni. Hampir semua yang diorang display kat situ aku amik taruk dalam paper bag yang dia bagi. Kikikiiii.
 
      Ni la antara yang berguna untuk aku. Banyak yang tak guna sangat. Buat semak je amik. Kekekeee. Tengok, siap ada buku pasal Korea Travelogue tulisan tangan aku lagi. Trip's itinerary kali ni dari A-Z aku yang uruskan memandangkan partner in crime aku sibuk memanjang dengan keje houseman dia tu. Ni masak aku ni kalau tersalah bawa akmal masuk lorong yang salah. Huwaaaa, stressnya. Kwangkwangkwang. Akmal, jangan marah aku kalau aku salah lead ko nanti time kat Korea. Kita harunginya bersama-sama ok. Muahciked!!

      Ni la T-money yang menyedihkan tu. Dah xde dah yang Big Bang punga. Ala sedihnyaaaa... Takpe la, hopefully kat Korea nanti terserempak lah ngan BigBang.
Teheeeeeeeeeeeeeeeeeee

 
     Yeay dapat free ticket utk Gapyeong City Tour. Kalau tak kena bayar 5000won kot satu hari punya trip. Tengah duit xde ni haruslah menghargai benda-benda free ni. Boleh la pergi Nami Island n Garden of Morning Calm dengan hati berbunga-bunga n bahagia.

     Tengok, kagum dengan diri sendiri sebab berjaya buat itinerary ke Korea. So, marilah kita menghitung hari menanti saat untuk terbang ke Korea. Yabedabedooo!!

Sape yang akan fly ke Korea between 8-17 November 2015 ni juga? Jumpa nanti kenyit-kenyit la mata sikit. :D

Wednesday, October 7, 2015

Fighters 0105 at Tioman Island

Assalamualaikum..
Lama pula rasanya tak update blog ni. Bukan sebab takde masa tapi tak tau nak update pasal apa. Sume pun normal stuff je. 
So, last weekend ada la abnormal stuff sikit yang terjadi kat aku. Haha. abnormal la sangat.
Hari Sabtu n Ahad lepas (3 & 4 Oktober) aku telah berjaya pergi bercuti ke Pulau Tioman. Actually benda ni dah lama plan. Dah plan 1 month before. Masa plan tu belum jerebu lagi udara kat Malaysia ni. Disebabkan dah plan lama n semua orang pun dah beli flight ticket time tu, sokitorang terpaksa la proceed with the plan. 
     Aku dah gerak dari Cameron Highlands dari hari Rabu lagi sebab ada some stuff yang kena settlekan kat HKL. Whatttt, mesti korang tertanya-tanya kan ape la houseman yang dah tak houseman ni buat kat HKL kan. Hahaha. After dah settle hal kat HKL, aku berkampung kat rumah akak aku dulu kat Setia Alam.
Then hari Jumaat tu akak aku pun hantar la aku ke stesen komuter Batu 3 & bermulanya pengembaraan solo aku ke JB. Hahahaa.. Tak adventure langsung ok. Setakat pergi JB je pun. Tu la 1st time aku jejakkan kaki ke JB setelah 9 tahun meninggalkan JB. Last pergi JB masa amik result spm 9 tahun yang lepas. Mihihiii. Time tu pun tumpang tido kat rumah Nadshah juga. This time pun tumpang tido kat rumah Nadshah juga. Thanks me amor. Hikhikkk

1st batch yang sampai kat JB. 
From left: Nadia, Nadzirah, Nadhirah, Nadiah. 4 orang Nad. Tapi just 3 org je yg panggil Nad. Mesti pening kepala jadi diorang ni, bila orang panggil Nad confuse nak response ke tak. Takut salah orang. kikikiiii

 
Ni La tempat kitorang stay tido malam-malam. Kat Kampung Genting Pulau Tioman. Dia punya makanan kat yang disediakan kat sini memang tiptop la. Pandai diorang masak. Memang kenyang perut suka hati lah selama makan kat sana. Plan asal masa mula2 jejak kat sini igtkan nak melepak malam2 sambil makan burger ramli tapi pelamin anganku musnah sebab perut dah kenyang makan makanan yang diorang sediakan untuk kitorang ni. Omnomnommmmm

Ni lah tempat makan dia. Ni kitorang amik gambar time makan BBQ malam selepas kitorang penat bersnokeling keliling pulau. Dia punya udang memang best. Daging kambing pun best. Tapi aku lebih teruja nak maka udang sebab kat Cameron Highlands nu susah nak dapat udang. Hahaha. NadJamil & NadSaat pula tak pandang dah udang ni sebab kat Sabah diorang dah selalu makan seafood. 

Get ready to snorkeling!!!!

 Sure ikan yang tengah berenang dalam laut Tioman tu pun jealous dengan semangat srikandi kitorang ni. Bawa logo srikandi kat mana2.

 Nash tengah merenung masa depan. Kitorang tengah syok berperang dengan ikan-ikan kat belakang

 
 Okay, beratur ye anak2. Kat sekolah pun susah nak beratur straight inikan pula kat atas titi ni.

 Wowww, artistic sangat!!

 And the picture of the day goes to this picture. Bergambar dengan ikan-ikan yang kelaparan.
 
 
 Ok, till we meet again Tioman. Walaupun jerebu, trip kali ni berjaya dengan jayanya!!

Balik  dah semua orang menjalani kehidupan masing-masing. Hahah, drama sangat..

Before kena hantar kat airport kita gi isi perut dulu. Kudos to Nadshah sebab belanja makan makanan Thai ni. Bukan setakat belanja makan je, dialah yang jemput n hantar kitorang ke airport, dia lah yang kasi tumpang kat rumah dia n dia juga lah yang tolong arrangekan trip kali ni. Memang seorang MO yang berdedikasi sangat. 
p/s: dia tak bagi kitorang tengok resit harga makan kat Absolute Thai Restaurant ni. Hahaha. Tomyam kat sini pedas nak mati. Terasa menyucuk ke dinding perut aku.
Lepas makan2 ni sempat lagi teman NadJamil shopping longjohn kat Universal Traveler kat JPO ni. Almaklumlah, semek ni nak gi travel kat Iceland nnt. Dengar nama tempat je pun dah terasa sejuk menggigil-gigil. Haruslah beli baju tebal setaraf dengan baju yang orang eskimo selalu pakai tu. Hahaha..

Till we meet again korang. 
#fighters0105
#STFians