Showing posts with label Cameron Highlands. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highlands. Show all posts

Saturday, August 8, 2015

The Magnificent Hutan Mossy, Gunung Brinchang, Cameron Highlands

Assalamualaikum semua.. Tak jawab dosa...

HI UOOLLLLLSSSS.
Untuk mengisi hari Sabtu yang lapang dan terluang semalam, aku pergi jungle trekking kat Mossy Forest kat puncak Gunung Brinchang. Kat puncak okay!! Jangan main-main. Hahaha. Cakap macam pergi jungle trekking dari Tanah Rata je. Padahal kitorang naik kereta pergi sana. Semalam around pukul satu-2ptg macam tu kitorang memulakan our journey to Mossy Forest. Fuhhhhh, such a heavy traffic going up there. Biasalah, Cameron ni mana pernah tak banyak kereta time weekend and public holiday ni. 
     Mesti korang cakap, padan muka kat aku kan. Siapa suruh bangung lambat, kan dah gerak lewat dari rumah. Helloooooo, excuse me! Aku bangun awal ok. Tapi aku kena tunggu orang arab yang sewa holiday apartment aku kat Tanah Rata tu check out dulu. Dia check out pun dah pukul 11:30. So, after diorang check out je, aku terus bergegas gi apartment nk cuci-cuci dulu before next customer nak check in pulak pukul 2 petang. Clear now? hihiiii
     Ok, enough with the promotion. Now back to our Hutan Mossy thingy. Ok, after dah ready, bergerak lah kitorang ke Gunung Mossy menaiki si Kia Cerah Merah. Ya Allah, sepanjang melalui jalan sempit tu, berdoa panjang aku time berselisih ngan kereta. Jalan sempit nau and berliku-liku pula tuh. 

I came.
I saw
I captured!!

Okay, lets the pictures speak on behalf of me.. 

 
See. Akak tak tipu okay. Ramai gila orang. Ohoooooo. Plus jalan sempit. Hahahaa

Welcome to Mossy Forest yang sangat lawa. Ada orang kata kecantikan dia ala-ala dalam cite Lord of The Ring tang dia punya pokok yang berlumut tu. Tapi tak tau la. Aku tak pernah tengok citer tu. Tapi memang serious cantik la tempat ni. Boleh amik gambar wedding kat sini. Recommended!! Hahaha

 Selamat untuk pendaki kecil juga sebab dia punya track bagus. Terjaga. InsyaAllah selamat. 
Tengok, budak kecik pun happy and pandai appreciate kecantikan alam ciptaan Allah.

Wefiee sikitt. Walaupun hujan semalam, kitorang tetap meneruskan perjalanan. :D

 Oppsss, terpandang dahan ni teringat pula kat Maya Karin dalam Pontianak Harum Sundal Malam bertenggek atas dahan. So, aku pun terus beranikan diri panjat pokok tu. Please, siapa-siapa yang ada darah gemuruh jangan tiru aksi ni ye. Hihiii

 Let me feel the breath.. 
::such a breathtaking view::

 George..george..george of the jungle..

My nephews yang sudi melayan kerenah auntie dia yang suka bergambar ni. Sampai nk masuk ke celah-celah ladang teh.

 Perak di tangan kanan. Pahang di tangan kiri. I'm in a dilemma! I want both!! hahaha
 Subhanallah. Rasa macam nak golek-golek je kat ladang teh ni macam dalam cerita hindustan.

Kudos to both of us. The photographer of the day. Hahaha..

Jemput lah datang ke Cameron Highlands nanti. 
Jangan lupa pergi Gunung Mossy.
Last but not least, stay la kat holiday apartment kitorang. 
Hihiiii


Tuesday, August 4, 2015

Cactus Valley Cameron Highlands

Hmm, dah hampir 7 bulan bermastautin kat Cameron Highlands ni baru lah berkesempatan pergi ke Cactus Valley ni. Actually dah banyak kali dengar pasal Cactus Valley ni. Hari tu time Zila datang bawa Mumtaz pun dia ada request nak pergi Cactus Valley. Tapi sebab aku tak tau n tak nampak jalan masuk dia, so tak pergi la. Kesian Zila. Takpe Zila, next time ko datang, confirm aku bawa ko gi situ. Pinky promise. Hohooo.
     Bagi aku, siapa2 yang datang sini kena pergi Cactus Valley ni. Bayaran dia RM5.00/entry untuk seorang dewasa. Tapi aku rasa berbaloi. Cantik sangat kat dalam. Cactus Valley ni tutup pukul 6 petang. Buka pukul 8pagi. Cactus Valley ni kat Brinchang je. memang tak susah pun nak cari. Kalau korang pernah datang ke Cameron Highlands & pernah pergi ke pasar malam brinchang sure korang takkan sesat punya lah kalau nk pergi sini.

Ni la rupenya entrance gate Cactus Valley.


Cakcakcak.. Banyak gila take before dapat yang ni. Susah betul nak susun kanak-kanak ribena ni

 
Orang kata muka kitorang sama. Perangai pun sama. Degil n mengada-ngada.

 Kalau korang jalan lagi naik atas ke arah cafe dia akan lalu kat Big Red Strawberry Farm ni. Free of charge. Cuma kena bayar kalau korang nak membasahkan tekak yang dahaga atau nak penuhkan perut yang kosong kat cafe dia je la kan. Kat sini juga korang boleh petik strawberry sendiri. Tapi kitorang tak petik pulak strawberry masa pergi haritu. Mihihihhh

 Kanak-kanak excited dapat keluarkan kepala kat bumbung. hahahaa

Seronok budak-budak ni menyanyi sambil bergendang.


Monday, June 22, 2015

Holiday apartment, tanah rata cameron highland

Hi, Assalamualaikum. Cikebom cikebom. Hi ollss. Nak inform sikit sekarang ni I ada buat holiday apartment kat Tanah Rata. Lebih sesuai kalau korang nak datang bercuti kat cameron ramai2. Jimat duit. Siap boleh main masak-masak lagi sebab ada dapur. Ok, tak nak sembang banyak. Jom tengok holiday apartment I.

 Tadaaa, cantik tak holiday apartment I. Ada 3 bilik tidur, 2 bilik mandi. Untung lah duduk kat apartment kalau datang ramai2. Tapi kalau datang sikit2 je, better duk kat hotel. Lagi murah

Apartment I kat tingkat 2 ye uoll. Kat block A. Yang ada atap kat luar tingkap tu. sebab ada tingkap, bolehlah u'all nak sidai baju ke apa. Terselamat dari hujan. hehoo.

::Master Bedroom::

::Second Bedroom::

::Third bedroom::

p/s: dekat bawah double decker bed n single bed tu ada xtra single mattress masing2.


Meja makan. Jemput2 makan kat sini


Boleh masak-masak ye kat apartment ni. Ada gas, ada dapur. Ada pinggan mangkuk. Tapi kena beli barang2 nak masak sendiri la ye. 

Ada rice cooker, ada tempat masak air. Apa ye orang panggil benda alah ni? hahaa

 Toilet. Heater ada dlm toilet ni je. Toilet lagi satu xde heater. mana la tau ada orang nk feeling mandi air sejuk kat Cameron Highland ke. hiks

p/s: boleh contact I (0194504185) kalau nk book holiday apartment. :D

Update:
Since ramai orang yang tanya harga apartment ni, so nak bagi pencerahan sikit la ye. Hihiiii
Weekday (Ahad - Khamis) : RM300/night
Weekend (Jumaat - Sabtu) : RM350/night
Public Holiday (Kalau kat kalendar warna merah/kuning) : RM400/night
Hope semua suka dengan harga tu. Mahal ke? Hmmm, mana ada mahal. Murah la tu. Ada 3 bilik. Hihiiii