Monday, August 3, 2015

TRIP TO JAPAN: ASAKUSA & AKIHABARA

Yeaayyy.. Finally last entry untuk Japan trip. Dah tertunggak 2 tahun dah. Ckckckckcccckkkkk.
Kitorang dah nak balik dah flight malam tu

Untuk destinasi terakhir ni, kitorang pilih untuk pergi ke Asakusa & Akihabara menghabiskan saki baki duit yen yang ada kat tangan kitorang time tu.

Asakusa
Tourist amatlah disarankan untuk pergi Asakusa ni untuk membeli souvenir untuk rakan dan taulan. Semua bende ada kat sini. Aku berjaya beli keychain, t-shirt and dried seaweed dekat sini. Dia punya dried seaweed punya kesedapan masih terngiang-ngiang sampai sekarang. hahaahaaaa..

Sebelum sampai dia punya temple korang akan lalu kedai-kedai cenderamata ni dulu. Boleh lah bershopping sakan. Hihihiiii.
Adakah aku tengah membetulkan tudung di khalayak ramai? oh nooo...

 Korang serious kena try makanan yang berbentuk ikan ni. Sedap makan panas2 dalam cuaca sejuk ni. aku beli isi readbean. Sedap sehingga menjilat jari. Harga seketul kuih ikan isi readbean ni 150yen. lebih kurang RM4.50 camtu.

 Welcome to Asakusa Temple. Posing tengah tahan sakit belakang. hihi

Akihabara
Akihabara ni syurga untuk otaku. Sebab kat sini ada banyak gila kedai yg jual benda-benda pasal Anime. Tapi harga dia tak mengizinkan aku yang tengah menganggur time tu untuk beli. Sobbss.. Dapat cuci mata je lah.. And kat sini juga ada banyak Maid Cafe. Tapi aku kan perempuan, nak buat apa gi maid cafe, baik pergi Host Club. Tapi tak jumpa pula Host Club. Hahahaa. Ada hati tu. Kitorang ada juga usha2 barang electronik kat situ sebab katanya murah. Tapi macam lebih kurang kat Malaysia je. Ke lagi mahal dari Malaysia. Kuikuiiii

 On the way nak cari kedai-kedai anime tu ternampak benda alah ni. mesti korang tertanya-tanya apa benda alah ni. Ni tempat yang diorang sediakan untuk smokers. Kiranya kalau nak merokok, bolehlah merokok kat situ. Wow, I'm impressed!! Bila lah negara Malaysia yang majoriti rakyat orang Islam ni nak buat macam tu juga. hmm.. X suka bau rokok.

ACE!!!!! Why u're sooooo damn hot. Parah ni. Ngan anime pun terpikat. ahhahaaa

Last deal before terbang balik ke Malaysia. Minta jasa baik Amin bawa pergi makan sushi yang best n halal kat Jepun. Kalau tak kempunan. Balik malaysia menangis keluar airmata darah sebab tak dapat makan sushi kat Jepun. Takkan gi Jepun makan maggie je kan. Hahaha. So, si Amin ni pun bawa la kitorang yang kempunan ni pergi makan sushi kat HAMAZUSHI. Hilangkan kempunan kiotang. Tengok tu macam mana tak hilang kempunan, berapa puluh pinggan kitorang amik? hahahaaa.. I'm a very happy kid.


Jangaaannnnnn. Watashi wa wasabi ga suki dewa arimasen!! Terasa menyegat sampai ke hidung kalau makan wasabi. Habis makan sushi, Amin pun hantar kitorang ke airport. 
Tamat lah cerita my trip to japan.. Sekian terima kasih.

Belanja parade kat Tokyo Disneyland sikit. NNjoyyyyy..

2 comments:

  1. kenapa nuffnang sy xkluar pon iklan magie hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah. Nuffnang memang. Ikut suka dia je. Haha

      Delete