Monday, October 26, 2015

Korea Travelogue Autumn 2015: The Preparation

      Annyeong Haseyo daripada agashi yang tengah jaga kaunter KTO tu. Wahhh, tajuk entry tak nak kalah. Nk guna bahasa omputih je tajuk kan. Tapi isi melalut dalam bahasa melayu juga. Mihihihiiii.
Yeahyeah, less than 2 weeks aku akan fly ke Korea. Weeehoooooo.. Me so excited!!

Ok, lets back to my preparation thingy. Kalau sape2 yang suka baca my blog mesti terperasan yang aku ada tulis entry pasal special gift yang KTO nak bagi ke rakyat Malaysia yang akan pergi ke Seoul sampai paling lewat December 2016. Takpe, kalau korang tak terbaca entry tu n rasa korang nak juga hadiah T-money n Coupon Booklet yang macam aku dapat ni, jangan segan silu, sila la klik link ni --> AkuNakTMoneyFreeJuga!! Kat sini aku bagitau cara-cara macam mana nk dapat T-money & coupon booklet macam aku dapat ni

     Ok, actually aku sangat la bersemangat nak dapatkan T-Money tu sebab konon-kononnya nak la T-Money Big Bang limited edition kan. Tapi sedih sangat!! Big Bang punya dah habis. So, diorang ganti dengan yg lain. Sobbbssss. Sedih. Tak dapat nak tatap muka TOP lama-lama. Tu la, padahal ada je option untuk suruh diorang post barang-barang tu tapi risau sangat benda-benda tu hilang. So, gigih lah aku google cara-cara nak pergi KTO kat bangunan HapSeng tu naik monorail. Rasa nak tercabut kaki jalan. Takpe la, prepare sebelum lagi banyak nak berjalan kat Korea nanti. Almaklumlah backpacker's style.

 
     Waaaa, jakun sangat tengok pamphlet banyak gila kat sini. Free of charge ok!! Ada satu booklet yang ada coupon juga dalam tu selain daripada coupon booklet yang aku dapat sebab isi survey dari KTO ni. Hampir semua yang diorang display kat situ aku amik taruk dalam paper bag yang dia bagi. Kikikiiii.
 
      Ni la antara yang berguna untuk aku. Banyak yang tak guna sangat. Buat semak je amik. Kekekeee. Tengok, siap ada buku pasal Korea Travelogue tulisan tangan aku lagi. Trip's itinerary kali ni dari A-Z aku yang uruskan memandangkan partner in crime aku sibuk memanjang dengan keje houseman dia tu. Ni masak aku ni kalau tersalah bawa akmal masuk lorong yang salah. Huwaaaa, stressnya. Kwangkwangkwang. Akmal, jangan marah aku kalau aku salah lead ko nanti time kat Korea. Kita harunginya bersama-sama ok. Muahciked!!

      Ni la T-money yang menyedihkan tu. Dah xde dah yang Big Bang punga. Ala sedihnyaaaa... Takpe la, hopefully kat Korea nanti terserempak lah ngan BigBang.
Teheeeeeeeeeeeeeeeeeee

 
     Yeay dapat free ticket utk Gapyeong City Tour. Kalau tak kena bayar 5000won kot satu hari punya trip. Tengah duit xde ni haruslah menghargai benda-benda free ni. Boleh la pergi Nami Island n Garden of Morning Calm dengan hati berbunga-bunga n bahagia.

     Tengok, kagum dengan diri sendiri sebab berjaya buat itinerary ke Korea. So, marilah kita menghitung hari menanti saat untuk terbang ke Korea. Yabedabedooo!!

Sape yang akan fly ke Korea between 8-17 November 2015 ni juga? Jumpa nanti kenyit-kenyit la mata sikit. :D

Wednesday, October 7, 2015

Fighters 0105 at Tioman Island

Assalamualaikum..
Lama pula rasanya tak update blog ni. Bukan sebab takde masa tapi tak tau nak update pasal apa. Sume pun normal stuff je. 
So, last weekend ada la abnormal stuff sikit yang terjadi kat aku. Haha. abnormal la sangat.
Hari Sabtu n Ahad lepas (3 & 4 Oktober) aku telah berjaya pergi bercuti ke Pulau Tioman. Actually benda ni dah lama plan. Dah plan 1 month before. Masa plan tu belum jerebu lagi udara kat Malaysia ni. Disebabkan dah plan lama n semua orang pun dah beli flight ticket time tu, sokitorang terpaksa la proceed with the plan. 
     Aku dah gerak dari Cameron Highlands dari hari Rabu lagi sebab ada some stuff yang kena settlekan kat HKL. Whatttt, mesti korang tertanya-tanya kan ape la houseman yang dah tak houseman ni buat kat HKL kan. Hahaha. After dah settle hal kat HKL, aku berkampung kat rumah akak aku dulu kat Setia Alam.
Then hari Jumaat tu akak aku pun hantar la aku ke stesen komuter Batu 3 & bermulanya pengembaraan solo aku ke JB. Hahahaa.. Tak adventure langsung ok. Setakat pergi JB je pun. Tu la 1st time aku jejakkan kaki ke JB setelah 9 tahun meninggalkan JB. Last pergi JB masa amik result spm 9 tahun yang lepas. Mihihiii. Time tu pun tumpang tido kat rumah Nadshah juga. This time pun tumpang tido kat rumah Nadshah juga. Thanks me amor. Hikhikkk

1st batch yang sampai kat JB. 
From left: Nadia, Nadzirah, Nadhirah, Nadiah. 4 orang Nad. Tapi just 3 org je yg panggil Nad. Mesti pening kepala jadi diorang ni, bila orang panggil Nad confuse nak response ke tak. Takut salah orang. kikikiiii

 
Ni La tempat kitorang stay tido malam-malam. Kat Kampung Genting Pulau Tioman. Dia punya makanan kat yang disediakan kat sini memang tiptop la. Pandai diorang masak. Memang kenyang perut suka hati lah selama makan kat sana. Plan asal masa mula2 jejak kat sini igtkan nak melepak malam2 sambil makan burger ramli tapi pelamin anganku musnah sebab perut dah kenyang makan makanan yang diorang sediakan untuk kitorang ni. Omnomnommmmm

Ni lah tempat makan dia. Ni kitorang amik gambar time makan BBQ malam selepas kitorang penat bersnokeling keliling pulau. Dia punya udang memang best. Daging kambing pun best. Tapi aku lebih teruja nak maka udang sebab kat Cameron Highlands nu susah nak dapat udang. Hahaha. NadJamil & NadSaat pula tak pandang dah udang ni sebab kat Sabah diorang dah selalu makan seafood. 

Get ready to snorkeling!!!!

 Sure ikan yang tengah berenang dalam laut Tioman tu pun jealous dengan semangat srikandi kitorang ni. Bawa logo srikandi kat mana2.

 Nash tengah merenung masa depan. Kitorang tengah syok berperang dengan ikan-ikan kat belakang

 
 Okay, beratur ye anak2. Kat sekolah pun susah nak beratur straight inikan pula kat atas titi ni.

 Wowww, artistic sangat!!

 And the picture of the day goes to this picture. Bergambar dengan ikan-ikan yang kelaparan.
 
 
 Ok, till we meet again Tioman. Walaupun jerebu, trip kali ni berjaya dengan jayanya!!

Balik  dah semua orang menjalani kehidupan masing-masing. Hahah, drama sangat..

Before kena hantar kat airport kita gi isi perut dulu. Kudos to Nadshah sebab belanja makan makanan Thai ni. Bukan setakat belanja makan je, dialah yang jemput n hantar kitorang ke airport, dia lah yang kasi tumpang kat rumah dia n dia juga lah yang tolong arrangekan trip kali ni. Memang seorang MO yang berdedikasi sangat. 
p/s: dia tak bagi kitorang tengok resit harga makan kat Absolute Thai Restaurant ni. Hahaha. Tomyam kat sini pedas nak mati. Terasa menyucuk ke dinding perut aku.
Lepas makan2 ni sempat lagi teman NadJamil shopping longjohn kat Universal Traveler kat JPO ni. Almaklumlah, semek ni nak gi travel kat Iceland nnt. Dengar nama tempat je pun dah terasa sejuk menggigil-gigil. Haruslah beli baju tebal setaraf dengan baju yang orang eskimo selalu pakai tu. Hahaha..

Till we meet again korang. 
#fighters0105
#STFians

Thursday, August 13, 2015

How to put Instagram badge on your blog

Hii semua. Assalamualaikum..
Entry kali ni khas untuk newbie macam aku yang teringin nak letak instagram badge dalam blog tapi tak tau macam mana. Hihiiii. No offense! Aku pun noob juga. Baru je tau. Hahahaaa.. Tapi xpelah kan. Xtau boleh bertanya. If malu bertanya, sesat jalan pulok. Haha.. Merepek pula. 

     Sebagai sorang yang sangat suka ambil gambar diri sendiri, haruslah ada akaun instagram kan. Senang nak upload gambar kan. Tapi akan lagi lebih best kalau pembaca-pembaca blog aku ni boleh go through my picture dalam instagram juga kan. So, untuk memudahkan kerja korang aku macam tertanya-tanya macam mana nak buat. Setelah penat merayu meminta bantuan En. Google, akhirnya terjawab la persoalan di hati ni. 

So, lets cekidauutttttt!!
It's simple as ABC. hikss

  • Pilih la nak ikon yang mana-mana pun. 
  • Dia akan keluar code dia
  • Copy code and paste dalam blog korang. Kat layout to boleh pilih add gadget (HTML/JAVAScript). Paste kat situ.
  • Then,, tadaaa.. Siap!!
  • Eh, belum-belum. Baru siap dia punya badge. Takde gambar lagi. So aku google la lagi macam mana supaya updated pictures kita yang dalam instagram tu akan ada sekali juga. So jumpa la. 
 Tadaaaaa..

 Pergi website ni ye.. http://snapwidget.com/ Then boleh isi tempat kosong and pilih-pilih choice dia. Habis isi akan keluar code dia juga untuk korang copy & paste kat ruangan layout blog korang. Sama juga. Pilih add gadget (HTML/JAVAScript). Paste kat situ.

Aku dah buat. Dah jadi dah..

Ni lah hasil dia. Then jemput la klik button view on instagram tu ye.

 Automatically dia akan direct korang ke sini. Then sampai la korang kat instagram aku. Hihiiii. Promote instagram sendiri. :D

Tuesday, August 11, 2015

The MAGGI® Royale™ Choose Your Own Adventure

Assalamualaikum semua. Selamat petang yang sejuk dan menggigil... BBrrrrrrr.. 
Tadi tengah godek-godek blog tiba-tiba muncul la satu iklan maggie dari Nuffnang ni.

 
Tadaaaaa. Ni la contest dia. Me so excited okay sebab hadiah dia membolehkan aku untuk pilih destinasi travel aku. Hihiiii. Best kan. Terus berdoa laju-laju semoga doa diperkenankan untuk menang contest ni. Ok, doa dimulai...

 
Ya Allah Ya Tuhanku, semoga Wan Nurul Nadia Binti Wan Seman terpilih untuk jadi antara 2 yang bertuah untuk menang hadiah grand prize tu. Weeeee, thanks korang tolong doakan kemenangan aku.

Confirm aku akan pilih Europe sebagai destinasi aku. Beruntung weyh. Siapa yang taknak kena taja pergi bercuti harga RM20,000 tu. Untuk maggie, jangan risau, aku akan setia makan maggie sepanjang percutian tu. Haha, actually memang hantu maggie pun walau tak tengah travel pun. Dari zaman sekolah lagi. Walaupun orang kata makan maggie ni boleh buatkan kita tak berapa cerdik, tapi aku tengok kawan-kawan aku termasuk aku sendiri yang suka makan maggie cerdik je. Opppsss terangkat bakul sendiri pula. Jangan salah faham, takde unsur-unsur nak bodek apatah lagi rasuah maggie ye dalam entry ni. Manalah tau korang ingat aku nk bodek Maggie supaya aku menang hadiah grand prize diorang. Tak-tak. Maggie tak tau pun aku tulis entry pasal diorang. Aku just nak berkongsi peluang menang hadiah ni ngan semua orang je. Xpe, kalau ada rezeki tak kemana. 
     Kalau tak menang grand prize dia, menang 1st prize pun da ok. Hahaha. bersyukur sangat. Banyak juga RM8000 tu. Nononooooo, don't get me wrong. Aku bukan mata duitan. Actually semua hadiah dia pun best. Jom tengok hadiah dia.
See, hadiah no 2 dia pun lumayaaannnn. Aku pergi Jepun haritu pun lebih kurang RM3000 je rasanya. Lebih kurang. Tapi tu budget travelling la. Plus time tu matawang Malaysia tak teruk sangat lagi. Hmmmm

RM1500 pun not bad. Krabi/Phuket cukup kot eh?

 Jangan pandang sebelah mata hadiah ni ok korang. Tanpa travel bag, macam mana korang nak travel? Aku punye travel bag hijau tu dah berumur 9 tahun dah aku rasa. Beli time mula-mula pergi bandung dulu. Hiihiii.

Okay untuk masuk contest ni senang je. Korang just beli 1 pek MAGGI® Royale™ atau 2 cups MAGGI® Royale™. Tangkap gambar resit sebagai bukti. Pastu jawab satu soalan mudah. Send through MMS. Senang je kan. Tapi kalau boleh send through WhatsApp kan lagi wallaaaa. hahahaa.
     Actually ada lagi satu cara kalau taknak guna phone untuk hantar MMS. Korang boleh print our dia punya borang pertandingan and pos. Tapi aku prefer pakai phone. Malas nak gi post office. Padahal dekat je pun. Hihihiiii.

For more info, korang boleh klik kat maggie punya website ni:
                  The MAGGI® Royale™ Choose Your Own Adventure

Kepada sesiapa nak join contest ni, good luck korang.
                                  Ikhlas daripada aku yang kaki travel ni. Wish me luck too. teringin juga nak travel orang taja ni. Eh, lupa pula. Time pergi Bali haritu pun orang taja juga. Mihihiiii..    








Saturday, August 8, 2015

The Magnificent Hutan Mossy, Gunung Brinchang, Cameron Highlands

Assalamualaikum semua.. Tak jawab dosa...

HI UOOLLLLLSSSS.
Untuk mengisi hari Sabtu yang lapang dan terluang semalam, aku pergi jungle trekking kat Mossy Forest kat puncak Gunung Brinchang. Kat puncak okay!! Jangan main-main. Hahaha. Cakap macam pergi jungle trekking dari Tanah Rata je. Padahal kitorang naik kereta pergi sana. Semalam around pukul satu-2ptg macam tu kitorang memulakan our journey to Mossy Forest. Fuhhhhh, such a heavy traffic going up there. Biasalah, Cameron ni mana pernah tak banyak kereta time weekend and public holiday ni. 
     Mesti korang cakap, padan muka kat aku kan. Siapa suruh bangung lambat, kan dah gerak lewat dari rumah. Helloooooo, excuse me! Aku bangun awal ok. Tapi aku kena tunggu orang arab yang sewa holiday apartment aku kat Tanah Rata tu check out dulu. Dia check out pun dah pukul 11:30. So, after diorang check out je, aku terus bergegas gi apartment nk cuci-cuci dulu before next customer nak check in pulak pukul 2 petang. Clear now? hihiiii
     Ok, enough with the promotion. Now back to our Hutan Mossy thingy. Ok, after dah ready, bergerak lah kitorang ke Gunung Mossy menaiki si Kia Cerah Merah. Ya Allah, sepanjang melalui jalan sempit tu, berdoa panjang aku time berselisih ngan kereta. Jalan sempit nau and berliku-liku pula tuh. 

I came.
I saw
I captured!!

Okay, lets the pictures speak on behalf of me.. 

 
See. Akak tak tipu okay. Ramai gila orang. Ohoooooo. Plus jalan sempit. Hahahaa

Welcome to Mossy Forest yang sangat lawa. Ada orang kata kecantikan dia ala-ala dalam cite Lord of The Ring tang dia punya pokok yang berlumut tu. Tapi tak tau la. Aku tak pernah tengok citer tu. Tapi memang serious cantik la tempat ni. Boleh amik gambar wedding kat sini. Recommended!! Hahaha

 Selamat untuk pendaki kecil juga sebab dia punya track bagus. Terjaga. InsyaAllah selamat. 
Tengok, budak kecik pun happy and pandai appreciate kecantikan alam ciptaan Allah.

Wefiee sikitt. Walaupun hujan semalam, kitorang tetap meneruskan perjalanan. :D

 Oppsss, terpandang dahan ni teringat pula kat Maya Karin dalam Pontianak Harum Sundal Malam bertenggek atas dahan. So, aku pun terus beranikan diri panjat pokok tu. Please, siapa-siapa yang ada darah gemuruh jangan tiru aksi ni ye. Hihiii

 Let me feel the breath.. 
::such a breathtaking view::

 George..george..george of the jungle..

My nephews yang sudi melayan kerenah auntie dia yang suka bergambar ni. Sampai nk masuk ke celah-celah ladang teh.

 Perak di tangan kanan. Pahang di tangan kiri. I'm in a dilemma! I want both!! hahaha
 Subhanallah. Rasa macam nak golek-golek je kat ladang teh ni macam dalam cerita hindustan.

Kudos to both of us. The photographer of the day. Hahaha..

Jemput lah datang ke Cameron Highlands nanti. 
Jangan lupa pergi Gunung Mossy.
Last but not least, stay la kat holiday apartment kitorang. 
Hihiiii


Thursday, August 6, 2015

Open House Raya Daerah Camerons Highlands

Raya kan sebulan. Selamat hari raya uoll.
Aku baru balik dari open house raya ni. Actually boleh kata open house ke sebab bukan buat kat rumah pun. Buat kat parking lot. So, kita kena panggil open parking lot la ek? Haha, wateva.
Disebabkan dah tau harini akan ada open house, so pagi tadi kitorang brekfes ngan kuih muih je. Kena pastikan perut kosong. Barulah boleh isi perut banyak-banyak time open house nanti. Mihihiii.
Open house start pukul 12, tapi pergi lambat sebab hujan turun dengan lebatnya tengah hari tadi. So, aku assume kalau pergi time tu pun booth mesti tak buka lagi sebab hujan kan. Tapiiiii, harapanku musnah seperti kapal titanic yang musnah melanggar iceberg. Sobsss.. Menurut informer aku, dah ramai dah orang yang menerjah open house tu.

     So, tanpa berlengah lagi, aku pun bergegas la juga ke sana untuk menerjah open house tu. Nasib hujan dah renyai-renyai dah masa tu. Sampai-sampai kat situ, Masyaallah, ramainya manusia kat situ dari pelbagai kaum dan peringkat umur. Dari orang Melayu, Cina, India, orang asli, Jepun, Omputih... Oppsss, tak dilupakan orang Bangladesh juga. Nononoooo, saya tak racist ye. Semua pun ada. Almaklumlah, tempat tumpuan pelancong. Nasib tak buat time weekend, kalau tak lagi ramai yang join.

lets start our food hunting!!

 
Dengan orang kuat Majlis Daerah Cameron Highlands. Tak sempat nak makan rojak buah dia. Ingat kan boleh la reserve dulu pergi jalan-jalan cari makan kat booth lain dulu. Balik-balik dah abis.. Cepat sangat habisnya. Sobsss

 
Tapi walaupun tak sempat amik rojak buah, tapi sempat amik laksa dia. Yumyummyummm. Siap minta tambah kuah lagi. Tu yang sampai ternganga mulut tu. Nasib booth kroni so boleh la minta tambah tanpa segan silu.

Ha kau!! Only in Cameron Highlands kot diorang jamu Strawberry celup coklat time open house raya. haha.. Jom lah kita makan strawberry banyak-banyak supaya kulit jadi putih gebu mulus... Hohohoo

 Konon-konon pergi open house raya ni sebab nak rasa durian king dia. tapi tak sempat. Tak sampai sejam licin. Padahal beli durian sampai habis 1k kalau ikut informer aku. Mana pergi semua duriannn??? Oh, mungkin dah masuk dalam perut semua orang. kata open house raya. Obviously la akan ada ramai orang yang datang. Padan muka diri sendiri tak sempat makan.
 Dah tinggal rangka je kambing ni. Ramainya la hamba Allah yang beratur kat sini nak makan kambing golek ni. Kalau tau awal-awal ada booth ni, confirm akan terus je menuju ke booth ni sampai-sampai je kat situ tadi. Tapi oklah, dapat juga rasa kambing golek dia. Amik sikit je. Bagi chance kat orang lain juga rasa.

Sateeee!! Makan dua cucuk je. Lembut je sate dia. Rasa nak lagi.

Open house dah abis, tapi perut lapar lagiii.... Please la buat open open house lagi. :>

Wednesday, August 5, 2015

Free Korea Coupon Booklet & Limited Edition Big Bang T-money

Shout-out to all K-pop lovers out there especially kipas susah mati Big Bang die hard fan.



Visit Korea dengan berbaik hati nya nak bagi free Korea Coupon Booklet dan yang paling penting, yang paling aku teruja adalah limited edition Big Bang T-money. Excited nya. Ye lah, time Big Bang datang buat konsert kat Malaysia haritu, Fulus tak banyak untuk memungkinkan aku pergi beli tiket konsert diorang. SObbbbsssss..

Semua rakyat Malaysia ada peluang untuk dapat benda ni tapi adalah syarat-syarat:
  1. korang akan pergi ke Korea antara bulan July-December 2015. Of course dia akan minta korang punya itinerary as a proof kan.
  2. korang kena isi survey dekat website dia. After that korang akan dapat redemption code dia.
  3. kena register jadi ahli kaki korea kat website dia.
 http://www.visitkorea.com.my/promotions/discover-korea-your-way-giveaway-promotion.html 

So cepat-cepat selagi stok masih ada. 
Aku dah isi. Dah dapat redemption code dia dah pun. Hihiii. Tak sabar nak tengok limited edition Big Bang T-money tu. hohooooo
Don't worry, soalan survey dia simple je & sikit aje..

Jangan lupa pergi website visitkorea.com.my tu ye.