Shout-out to all K-pop lovers out there especially kipas susah mati Big Bang die hard fan.
Visit Korea dengan berbaik hati nya nak bagi free Korea Coupon Booklet dan yang paling penting, yang paling aku teruja adalah limited edition Big Bang T-money. Excited nya. Ye lah, time Big Bang datang buat konsert kat Malaysia haritu, Fulus tak banyak untuk memungkinkan aku pergi beli tiket konsert diorang. SObbbbsssss..
Semua rakyat Malaysia ada peluang untuk dapat benda ni tapi adalah syarat-syarat:
korang akan pergi ke Korea antara bulan July-December 2015. Of course dia akan minta korang punya itinerary as a proof kan.
korang kena isi survey dekat website dia. After that korang akan dapat redemption code dia.
kena register jadi ahli kaki korea kat website dia.
Hmm, dah hampir 7 bulan bermastautin kat Cameron Highlands ni baru lah berkesempatan pergi ke Cactus Valley ni. Actually dah banyak kali dengar pasal Cactus Valley ni. Hari tu time Zila datang bawa Mumtaz pun dia ada request nak pergi Cactus Valley. Tapi sebab aku tak tau n tak nampak jalan masuk dia, so tak pergi la. Kesian Zila. Takpe Zila, next time ko datang, confirm aku bawa ko gi situ. Pinky promise. Hohooo.
Bagi aku, siapa2 yang datang sini kena pergi Cactus Valley ni. Bayaran dia RM5.00/entry untuk seorang dewasa. Tapi aku rasa berbaloi. Cantik sangat kat dalam. Cactus Valley ni tutup pukul 6 petang. Buka pukul 8pagi. Cactus Valley ni kat Brinchang je. memang tak susah pun nak cari. Kalau korang pernah datang ke Cameron Highlands & pernah pergi ke pasar malam brinchang sure korang takkan sesat punya lah kalau nk pergi sini.
Ni la rupenya entrance gate Cactus Valley.
Cakcakcak.. Banyak gila take before dapat yang ni. Susah betul nak susun kanak-kanak ribena ni
Orang kata muka kitorang sama. Perangai pun sama. Degil n mengada-ngada.
Kalau korang jalan lagi naik atas ke arah cafe dia akan lalu kat Big Red Strawberry Farm ni. Free of charge. Cuma kena bayar kalau korang nak membasahkan tekak yang dahaga atau nak penuhkan perut yang kosong kat cafe dia je la kan. Kat sini juga korang boleh petik strawberry sendiri. Tapi kitorang tak petik pulak strawberry masa pergi haritu. Mihihihhh
Kanak-kanak excited dapat keluarkan kepala kat bumbung. hahahaa
Seronok budak-budak ni menyanyi sambil bergendang.
Cerita ni menceritakan tentang Cha Do Hyun (Ji Sung) yang ada personality disorder. Bukan 2, bukan 3 personality yang dia bawa dalam cerita ni tapi 7 personality. And Ji Sung berjaya bawa semua watak tu dengan best. Hwang Jeng Eum pegang watak Oh Ri Jin, 1st year psychiatry resident.
Pelakon-pelakon cerita kill me heal me
*p/s jangan teruskan baca kalau suka tengok cerita sendiri. Ni kira macam spoiler sikit-sikit
Cerita dia pasal Cha Do Hyun yang ada kisah silam yang tak best waktu kecik. Dia ada trauma dengan basement & fire. So, sebagai defense mechanism dia pun cipta la 6 others personality. Oh Ri Jin pula kira macam personal psychiatrist dia la. Ha, kau... macam mana 1st year resident boleh terpilih untuk jadi personal psychiatrist untuk chaebol tu ha? Tu la namanya cerita. semua pun boleh. hohoooo..
Tapi aku memang sangat terpikat ngan cerita ni daripada episod 1 lagi. Sebab episod 1 dah muncul personality dia yg super macho (Shin Se Gi). Memang kagum sangat dengan Ji Sung ni on how he manage to act like super duper cool. In split of seconds je dia boleh berubah perwatakan. Memang different sangat-sangat. Even before dia or watak lain mention dia punya personality time tu pun aku dah boleh teka personality mana yang tengah conquer Cha Do Hyun masa dan ketika itu. Ahaakkkkkss..
Ok, Jom kita selami dan kenali watak masing-masing personality tu
Cha Do Hyun
Tuan punya badan. Sangat la sopan. Study kat oberC. Kat mana ntah lupa. hahaa. Dia keturunan orang kaya. Chaebol. 1st crush dia kat kawan zaman kanak-kanak dia (Han Chae Yeon). Tapi sebab masalah personality disorder dia, cinta dia tak kesampaian. Tuptuptup Chae Yeon tu jadi fiance sepupu Cha Do Hyun (Cha Ki Joon)
Shin Se Gi
First crush aku dalam cerita ni. Macho sangat. I guest aku punya taste memang bad boy punya style la. hahahaha.. Shin Se Gi ni watak dia suka rebel. Dia akan muncul kalau Cha Do Hyun tengah ada problem yang dia tak boleh nak handle in term of violation. Aku selalu berharap Shin Se Gi ni selalu muncul. Walaupun Shin Se Gi ni 1st crush aku dalam cerita ni, tapi 1st crush Shin Se Gi adalah Oh Ri Jin. Hahaha..
Perry Park
Lelaki tua 40 tahun yang slumberland je hidup dia. Dia ada accent dia yang tersendiri. Kira macam loghat Kelantan/Negeri Sembilan la kalau kat malaysia ni. Eh yeke? Perry Park ni suka minum alcohol, memancing and buat bom. 1st bom dia buat dalam cerita ni yang aku tengok adalah bom yang dia buat dari rice cooker time nak selamatkan Oh Ri Jin. Hahahaa. Kelakar..
Ahn Yo Seob
Budak lelaki umur 17 tahun yang dalam fikiran dia asyik fikir nak bunuh diri je. Tapi towards the ending, dia kata dia tulis puisi pula. hoiii, bagus. Berhijrah ke arah yang lebih baik.
Ahn Yoo Na
Twin Ahn Yo Seob. Ha kau. Korang memang kena tengok cite ni kalau nak tengok Ji Sung pegang watak perempuan umur 17 tahun yang sangat suka k-pop & handsome boy. Dia bukan setakat suka kpop artist je tapi suka kat abang kembar Oh Ri Jin juga, Oh Ri Oh. Hahaha. Kelakar sangat.
Nana
Watak Cha Do Hyun waktu kecik-kecik. Actually Nana tu nama anak patung Cha Do Hyun Waktu kecik. Watak Nana ni misteri sikit. Jarang muncul.
Mr X
Ayah nana. 2nd last episode ke last episode ntah baru lah mr X ni muncul.
Ok, tu je nak cerita pasal cerita Kill Me Heal Me ni. Basically nak bercerita pasal watak Ji SUng dalam cerita ni.
Aku bagi cerita ni 10/10 bintang. Actually cerita ni dah lama pun. Cuma aku je yang baru berkesempatan nak tengok cerita ni. Tapi memang best la.
Yeaayyy.. Finally last entry untuk Japan trip. Dah tertunggak 2 tahun dah. Ckckckckcccckkkkk.
Kitorang dah nak balik dah flight malam tu
Untuk destinasi terakhir ni, kitorang pilih untuk pergi ke Asakusa & Akihabara menghabiskan saki baki duit yen yang ada kat tangan kitorang time tu.
Asakusa
Tourist amatlah disarankan untuk pergi Asakusa ni untuk membeli souvenir untuk rakan dan taulan. Semua bende ada kat sini. Aku berjaya beli keychain, t-shirt and dried seaweed dekat sini. Dia punya dried seaweed punya kesedapan masih terngiang-ngiang sampai sekarang. hahaahaaaa..
Sebelum sampai dia punya temple korang akan lalu kedai-kedai cenderamata ni dulu. Boleh lah bershopping sakan. Hihihiiii.
Adakah aku tengah membetulkan tudung di khalayak ramai? oh nooo...
Korang serious kena try makanan yang berbentuk ikan ni. Sedap makan panas2 dalam cuaca sejuk ni. aku beli isi readbean. Sedap sehingga menjilat jari. Harga seketul kuih ikan isi readbean ni 150yen. lebih kurang RM4.50 camtu.
Welcome to Asakusa Temple. Posing tengah tahan sakit belakang. hihi
Akihabara
Akihabara ni syurga untuk otaku. Sebab kat sini ada banyak gila kedai yg jual benda-benda pasal Anime. Tapi harga dia tak mengizinkan aku yang tengah menganggur time tu untuk beli. Sobbss.. Dapat cuci mata je lah.. And kat sini juga ada banyak Maid Cafe. Tapi aku kan perempuan, nak buat apa gi maid cafe, baik pergi Host Club. Tapi tak jumpa pula Host Club. Hahahaa. Ada hati tu. Kitorang ada juga usha2 barang electronik kat situ sebab katanya murah. Tapi macam lebih kurang kat Malaysia je. Ke lagi mahal dari Malaysia. Kuikuiiii
On the way nak cari kedai-kedai anime tu ternampak benda alah ni. mesti korang tertanya-tanya apa benda alah ni. Ni tempat yang diorang sediakan untuk smokers. Kiranya kalau nak merokok, bolehlah merokok kat situ. Wow, I'm impressed!! Bila lah negara Malaysia yang majoriti rakyat orang Islam ni nak buat macam tu juga. hmm.. X suka bau rokok.
ACE!!!!! Why u're sooooo damn hot. Parah ni. Ngan anime pun terpikat. ahhahaaa
Last deal before terbang balik ke Malaysia. Minta jasa baik Amin bawa pergi makan sushi yang best n halal kat Jepun. Kalau tak kempunan. Balik malaysia menangis keluar airmata darah sebab tak dapat makan sushi kat Jepun. Takkan gi Jepun makan maggie je kan. Hahaha. So, si Amin ni pun bawa la kitorang yang kempunan ni pergi makan sushi kat HAMAZUSHI. Hilangkan kempunan kiotang. Tengok tu macam mana tak hilang kempunan, berapa puluh pinggan kitorang amik? hahahaaa.. I'm a very happy kid.
Jangaaannnnnn. Watashi wa wasabi ga suki dewa arimasen!! Terasa menyegat sampai ke hidung kalau makan wasabi. Habis makan sushi, Amin pun hantar kitorang ke airport.
Tamat lah cerita my trip to japan.. Sekian terima kasih.
Belanja parade kat Tokyo Disneyland sikit. NNjoyyyyy..
Kitorang decide untuk pergi ke Nikko untuk hari ke 8 kitorang kat Jepun ni sebab kitorang nak lambat-lambatkan masa so that kitorang dapat menghayati musim autumn kat Jepun ni. Korang tau kan yg aku pergi Jepun ni bulan 10 which is belum banyak lagi tempat kat Jepun ni yang daun-daun dia dah bertukar kaler. Kalau nak cantik, pergi je bulan 11 so that korang dapat tengok daun maple yg jadi kaler oren/merah. Kalau pergi awal macam kitorang ni, terpaksa la naik tanah tinggi so that dapat juga korang menikmati musim autumn yg sangat mententeramkan jiwa sanubari. Eceh.
Yeay, kitorang sangat bernasib baik sebab kitorang disambut dengan kaler-kaler daun maple yg sangat la cantik sesampainya kitorang kat nikko. Tak sia-sia kitorang pergi Nikko walaupun dia macam jauh sikit dari Tokyo. Tapi sangat worth it okay. Ye lah, saya ni manusia jakun sebab selama 25 tahun hidup tak pernah duduk di tengah-tengah daun warna cantik ni. Selalu tengok kat facebook kawan-kawan yang study kat oberC yg ada 4 season je. hihiiiiii..
Kitorang beli 1 day pass naik bas untuk bersiar-siar menikmati keindahan alam ciptaan tuhan ni. Kitorang amik pass yg membolehkan kitorang naik sampai ke Senjogahara.
NIKKO BOTANICAL GARDEN
Meloncat kegembiraan kami bertiga persis kanak2 ribena tatkala melihat kecantikan alam ciptaan tuhan.. Hahahaaaa...
SENJOGAHARA PLAIN
Lagi bukti yang menunjukkan kegembiraan kitorang berlatarbelakangkan padang yang kalau kat Malaysia warna hijau je. Takpe. Hijau kan menyamankan. hohohoooo.
Maaflah, time kitorang sampai sana hujan. So, terpaksa lah amik gambar guna payung as a prop. Cuba korang bayangkan, kesejukan autumn bercampur ngan kesejukan hujan. Tu yg terpaksa juga beli sarung tangan pink tu. hahaaa
RYUZU WATERFALL
Arrgghh, cantiknya waterfall ni. Rasa macam nak terjun mandi je kat situ. Ahaakkss. Waterfall ni diberi nama ryuzu sebab nampak macam kepala naga. Amacam? Korang ada rasa macam waterfall ni ada bentuk macam dragon head tak? Ryuzu = dragon head.
p/s: saya lahir tahun naga. Sape lagi kat sini lahir tahun naga? Angkat kaki!!
LAKE CHUZENJI
Tadaaaa.. Once in a while kita tangkap gambar la ngan Farhana pula, our camerawoman. Susah betul nak tangkap gambar ngan dia. Dia je yang asyik nak snap gambar orang lain..
Misi mencuri daun mapple nak bawa balik Malaysia. Korang percaya tak yang aku simpan lagi daun mapple dari Nikko ni. Laminate buat penanda buku. Mihihiiii.. Kreatif kannn...
NIKKO BOTANICAL GARDEN
Haruslah amik gambar poyo macam ni kan. See, memang sangat worth it kot pergi Nikko ni. Memang kalau rumput tu tak basah, nak je aku golek-golek ala-ala filem hindustan kat situ. Highly recommended ye kalau korang nak gi Jepun. Kena masukkan Nikko dalam itinerary korang. :D
Odaiba
Habis je jalan-jalan kat Nikko, around petang macam tu, kitorang pun bergerak balik ke Tokyo. Plan untuk malam tu adalah untuk menjelajah Odaiba. yiehuuuu... Odaiba ni adalah man made island. Kitorang ke man made island tu naik train ok. Agak cool disitu. sebab terlalu taksub, tak terfikir pulak nak amik gambar or video. hahaaa..
GUNDAM AT DIVERCITY TOKYO PLAZA
Sampai je kat Odaiba ni, kitorang pun mula mencari-cari kat mana la Gundam saiz giant ni. And aku excited gila time sampai kat tempat gundam ni. Dia tengah ada performance pula kat situ. Walaupun aku tak pernah tengok cerita gundam selama aku hidup ni, tapi macam excited pula tengok gundam besar ni gerak sikit-sikit sampai keluar asap kat kaki dia. Ye la, karang kalau dia gerak banyak sampai terbang, takut pula nanti.
Jom tgk big-sized Gundam. Ni tak curi dari orang lain ye. Aku sendiri yang amik video. hihii. I'm so lucky dapat tengok benda alah ni.
STATUE OF LIBERTY, TOKYO
Sabar. Jangan terperanjat sangat. Ni bukan Statue of Liberty yang dekat New York tu ye. Ni just dia punya replica. hahahaa. Dapat tengok yang replica pun ok juga kan. boleh jadi pemangkin semangat untuk tengok yang betul-betul nanti. Dekat belakang tu Rainbow Bridge Tokyo kat Odaiba City. kitorang punya train nak ke odaiba city dari tokyo naik jambatan tu la. hihii. Actually dia memang rainbow color tapi tak tau kenapa tak tersnap yg rainbow part tu. sobbsss...
Day 7(21/10/2013) Encik Fuji-san
Oh hello ladies n gentlemen.. Hahaa,, lama betul nak amik masa nak update blog ni. Kemalasan melanda. Ok, hari ke 7 ni aku pergi berjalan kat encik Fuji-san. Dulu time belajar Bahasa Jepun kat sekolah dulu, mende yg selalu nampak dlm textbook dia yg membuatkan aku rasa teruja nak pergi Jepun adalah sebab nak naik Shinkansen n nak tangkap gambar berlatarbelakangkan encik Fuji-san. Ye la kan, nak panjat gunung ni memang tak mungkin akan tercapai kan. So pagi2 tu pun mulalah perjalanan kami naik ke Fuji Five Lake.
On the way ke situ nampak FUJI Q AMUSEMENT PARK. Tapi xde keberanian nak stop gi main roller coaster dia. Macam scary sangat. :P
Trip ke encik Fuji-san ni tak seperti yg diharapkan sebab x berkesempatan nak berjumpa dengan puncak encik Fuji-san. Kabus tersangat la tebal memandangkan kitorang pergi time autumn. Padahal awal2 autumn je pun. Soooobbssss.. tapi xpe lah. First time nampak daun maple warna merah kat sini lah. mihihiiiiii.. Excited gile kot.. haha. Xpelah, Next time mungkin boleh pergi lagi. Mungkin next time ada chance nak berjumpa dengan puncak encik Fuji-san. :D
Lets go to encikFuji-san. Beratur dulu b4 naik train yg kawaii ni ok.
First daun maple merah yg kitorang jumpa. hiks. Excited weyh. Yelah before this asyik bergelumang ngan daun kapal terbang je. haha
Welcome to encikFuji-san. Manalah tau kalau korang ingat aku tipu ke.
Hapineko Cafe, Shibuya
Kitorang tak lama sangat kat Fujisan tu. Disebabkan rasa sedih tak dapat tengok puncak encikFuji-san so kitorang pun turun lah dari encikFuji-san pergi Shibuya pula. Budak2 ni teringin nak pergi main ngan kucingS kat Hapineko Shibuya. Meh nak ajar atarashi kotoba (new word) hari ni. Neko tu maksudnya kucing aka mioww. Hihiii. Actually aku ni seorang hamba Allah yg sangat penakut ngan kucing. Tapi berkat kesabaran kawan2 aku ni nak bawa aku pergi juga menghadap kucing2 yg comel ni, terpaksalah aku gagahkan juga kaki n kekuatan mental aku ni. Ok, jom tengok video kucing yang aku amik kat sana nak menunjukkan betapa aku ni takut kat kucing sampai termelatah kat Shibuya tu ha.. oppssss... So, nenek2
sampai nak termelatah pula. hiksssss
Mioow kat sini sombong-sombong. Taknak main ngan manusia. Bajet la tu. hahaa. Tapi aku suka kalau mioww ni tak gesel2 ngan manusia. kalau tak aku yang terjerit kat situ
p/s: Kalau pergi sana please la order ice green tea dia. terbaik wooo. sodapp. Aku curi minum yang bett punya sebab aku order air lain yg x sedap. lupa dah nama apa ntah air tu.
Aku pun tertanya-tanya samaada hanya aku je yg takut kt kucing ni ataupun diorang pun takut kt aku juga. Miahahahaha....
Belanja sikit gambar my nephew, Daiyyan Ishan aka aiyy yang suka buat gaya kucing & ultraman. Sama kan. Tu tengah menghayati watak kucing la tu. Menyorok bawah kaki aku. Seb baik aiyy, kalau kucing maunye aku menjerit sampai panjat naik atas kerusi. kuikuiiii
Day 6 (20/10/2013)
Hari yang ditunggu-tunggu oleh aku dah tiba. Haha. So like kanak-kanak ribena. Padahal ti,e pergi tu umur dah 25 tahun dah. Orang lain umur 25 tahun tu pergi Disneyland sebab bawak anak2 je bersuka ria. Aku, bawak diri sendiri. mihihiiii.. Actually, aku la yg meyakinkan n memaksa kwn2 aku utk masukkn Tokyo Disneyland ni dalam itinerary kitorang selama kat Jepun ni. Aku punya moto: 'apalah datang kat Jepun ni kalau tak ke Tokyo Disneyland'. Kuikuikuii, berjaya juga ajak diorang ni. Nasib baik sporting. Satu hari suntuk kitorang kat dalam ni sampai sempat la nak tengok fireworks malam tu not to mention sampai sakit kaki rasa macam nak naik wheelchair time tu juga sbb lama sangat berdiri.
Pagi tu kitorang xde lah gerak awal sgt ke Disneyland. Almaklumlah dengan cuaca sejuk tu, asyik rasa mcm nak tarik selimut je. Rasa malas je nak bangun mandi. Tapi mengenangkan nak gi tgk snow white, gagahkan lah juga kaki ni.
Hollaa, welcome to Tokyo Disneyland. Yeay. Melompat kegembiraan. Waktu sampai ni terkejut jap sebab queue panjang la amat sangat. nasib baik la sistem diorang ni bagus. Tak sampai 30 minit je kot rasanya, dah boleh masuk dah. Kalau kat mesia? Dengan pekerja yg suka makan gaji buta lagi. Kaunter banyak pun x guna sebab pekerja hilang tak nampak batang hidung. eh, yeke. Marah pekerja theme park kat Malaysia ni nanti. Gomen~ne. Oh by the way, harga tiket masuk disneyland ni 6,900yen ~ RM200 camtu. Actually kat Tokyo Disney Resort ni ada Disneysea juga. Tapi kitorang tak masuk pulak. Maybe next time. Bila la agaknya next time tu. :P
Kat kepala masing2 dah ada cekak rambut tudung yg comey lotte dah. Nak bajet kanak2 la tu pakai cekak tu. mihihihiiiii.. Old but young at heart. Nak beli cekak tu pun dah nak sampai sejam dah. Susah betul nak jumpa yg berkenan di hati. Choosy sangat.
First ride kitorang. Jap nak igt jap apa yg ada dlm ni. Hmm,, basically masa beratur tu ada la robot2 yg tgh bercakap. Cool ok. Jepun kan mmg terkenal ngan Robot dia. Oh, igt dah. 3D ride kot dalam ni. oklah.Haha
Next ride kitorang naik mende alah ni pulak. Masa ni memang sangat mencabar kesabaran betul la. Rasanya dah dtg time bukan cuti sekolah. Tapi kenapa mcm ramai sangat pulak makhluk Allah kat sini? Penat gila beratur nk naik ride ni. Ingatkan just kena beratur dari bawah bukit naik bukit je. Rupa2rupanya kat dalam bangunan ni pun still kena beratur lagi siap ada pusing2 lagi kat dalam tu. Pastu dah sampai turn, zuupppppp, sekejap je. Tapi kejap2 pun rasa mcm nak tercabut juga jantung ni ha. Hahaaa.. Tu yg muka mcm hampeh je tu walaupun sempat juga angkat tangan nak buat peace. Kuangkuangkuang..
Apalah kalau pergi Disneyland kalau xde parade kan. Aku siap join nyanyi lagu 'It is small world after all' versi bahasa jepun lagi sama2. Hasil tunjuk ajar sensei time high school dulu. Tak caya? Tak caya sudah. hihiiii
Dua orang kanak2 ribena dalam cubaan nak amik gambar melompat berlatarbelakangkan Disneyland punya mercu tanda. Tapi tak berjaya.
Sedih. HAHAHA
Urrgghhh, takleh lupa peristiwa nak masuk rumah hantu ni. Aku la yg paling cuak. Penakut kot. Penat je nak cuak2. Xde mende pun dalam tu. Dia just bercerita pasal cerita Nightmare Before Christmas je. Aku agak je la tapinya. Ye la dia bercerita dlm bahasa Jepun kot. So, aku buat2 faham je la sambil tahan mata dari tertutup. :P
Penat berpusing satu Disneyland cari org yg pakai kostum mickey mouse tapi jumpa bugs bunny je. hahaa. Jadi lah dari xde kan. Eh, ye ke ni bugs bunny. Macam muka chipmunk pun ada juga ni.. oppsss..
After all, best la pergi Tokyo Disneyland ni. Tapi tak puas. Tak sempat nak naik semua ride. Okay over nak naik semua ride. tapi atleast la kena lebih 10 kan. ini 5 pun x sampai. hahaa. Tapi sempat la naik roller coaster kanak2 dia. Walaupun roller coaster kanak2 je, tetap kecut perut juga.. hahahaa.. Level kanak2 je aku ni.
Kalau ada rezeki nak pergi lagi la Tokyo Disneyland ni. Next time nak pergi DisneySea jugak.
Hasil yang aku dapat dari Disneyland
1) Keychain. Ada lagi ni tergantung kat Iphone ni ha. hahahaaa..
2) Chopstick. Jarang pun pakai sebab takkan nak makan nasi pun nak pakai chopstick kan. Karang org lain dah habis makan, aku 2 jam pun tak habis2 lagi makan. hahaha
3) Cawan Snow White. Yg ni memang menjadi harta kesayangan hamba. Tiap2 hari duk pakai cawan ni. Sampai kan Muyi yg umur 3 tahun tu pun kenal kata ni cawan ucik. hahah.
Oklah, bye for now. Nanti sambung Trip ke Fuji~san pula.