19 Nov 2015 ::Nami Island::
Hari ni kitorang decide untuk pergi menikmati Autumn di Nami Island. Kenapa? Sebab aku takut nanti daun2 yang cantik-cantik kaler nya tu habis luruh semuanya. So, untuk mengelakkan daripada perasaan sedih menjelma disebabkan daun-daun yang lawa tu luruh, so, kitorang decide nak pergi Nami Island awal-awal. So lets go. So, this is my preferred way to go there. Eh, banyak nye so dalam perenggan ni. Mihihiiiii..
Kitorang naik subway ke Gapyeong Station. Tolong jangan tanya berapa harga dia sebab aku main guna T-money je. Perjalanan lebih kurang 2 hours. Ada la kena tukar line subway here n there. Aku nasihatkan korang install la application subway dari google playstore or app store tu ha. Sangat membantu.
Ni la contohnya. Kitorang dari Anguk Station. So, just click kat Anguk Station untuk departs from and Gapyeong Station untuk arrives at. Yang kaler orange tu tempat-tempat yang korang kena turun n tukar line lain. For me subway kat Korea is far more easier compared to Japan punya. Memandangkan kitorang plan nak pergi Nami Island dulu, so kitorang akan turun kat Gapyeong Station dulu n amik Shuttle Bus untuk tour sekeliling Gapyeong. Memandangkan aku ada free ticket yang dapat dari KTO tu so dapatlah save bajet. Si Akmal pula ada juga free ticket tu tapi dia gi tinggal kat Malaysia pula. Olalaaaa. So, kena la bayar 6000 won kat pakcik driver tu. Untuk round sekeliling Gapyeong. Rugi-rugi.
Ni la rupa Gapyeong City Tour free pass tu untuk mereka-mereka yang tak tau. Haaa. Untung kan..
Ha kau. 1st day kan. Dalam subway pun gigih nak amik gambar.
''ippeo...ippeo...ippeo...'' kata seorang makcik dalam subway ni kat aku before dia nak turun kat Cheongpyeong Station. Gigih ahjumma ni sampai nak ulang 3 kali kata aku ippeo sambil buat bentuk square kat muka dia to make sure aku faham maksud dia. Don't worry ahjumma. I know the meaning. Hahaaaa. Tu baru nampak aku. Belum nampak Nora Danish lagi. Mihahahaaaa.. Gelak perasan.
p/s: please ignore physical aku yang pendek ni. haha
Haaa, ni la entrance Gapyeong Station tu. Besar kannnn.. Depan station ni korang akan terus nampak Gapyeong City Tour Bus Stop. Memang yang belah ni. Jangan nak menggatal kaki nak gi cross the road nak tunggu bus kat bus stop on the other side tu pula.
Ni la rupa Bus Stop untuk shuttle bus tu.. Sila beratur cepat-cepat ye. Sebab ramai yang nak naik bas ni. Kalau nasib tak baik, kena berdiri pula dalam bas tu. Kalau nasib lagi tak baik korang terpaksa kena tinggal kat bus stop ni sebab tak cukup quota da. Tak leh nak sumbat dah.
Ha, see. Aku tak tipu. Ni bukti kata aku bernasib tak baik sebab kena berdiri. Sikit lagi nasib kitorang lagi tak baik sebab kitorang ni antara 2-3 org last yang berjaya disumbatkan dalam bas ni. Nampak tak aku sampai boleh snap picture driver ni sebab berdiri sebelah driver seat. Sobbssss... Takpe lah. Asal boleh naik bas ni juga. Kalau tak kena tunggu lagi 1 hour. Tak ke membazir masa namanya tu.
Berjaya juga sampai Nami yang femes ni. Passport tipu-tipu untuk masuk ke Nami Island dah beli. So, jom bergegas masuk feri nak gi Nami Island. Phalli-phalliiiiiii.
Subhanallah. Lawa gilaaaa weyh. Tak leh lupa lagi kecantikkan n kelawaan Nami island ni. Lets chekidaut the beautiful picture here. Biarkan gambar berbicara.
My travel buddy here in Korea.
oemgeeee.. Gigih nya nak shoot gambar melompat juga. Disebabkan kitorang just berdua, so terpaksa la guna timer untuk snap gambar kitorang melompat. hahaaa.. Huduhnya. Nampak habis isi perut time melompat.
Kiss sikitt... MMuaahhhh..
Pose ala-ala model sikit. Tapi maaflah. Model ni pendek. Hahaha.Tempat wajib bergambar kalau da.
Berhenti rehat jap. Penat berjalan. Ni kalau tempat study kat Bandung dulu macam ni, confirm aku dapat 4.0 dah pointer.
Main cak-cak ngan daun maple.
Berjalan, berjalan juga. Tangkap gambar, tangkap gambar juga. Menggedik , menggedik juga. Tapi solat jangan dilupakan. Kali ni berjaya cari musolla. Tak tertipu dah macam kat Incheon Airport semalam.
Alamak, tetiba ternampak kedai org jual tteokbukki pula. So, stop makan tteokbukki dulu. Blerrghhhh, me don't like it. Makan 3 ketul je kot. Pastu suruh Akmal makan. Akmal pun x makan banyak. Urrghhh, igtkan kalau org Korea yang masakkan boleh jadi sedaplah. Tapi macam lebih kurang rasa yang aku pernah makan kat Bandung je. Tak suka. Reject!!
Lepas makan tteokbukki yang tak sedap tu, kitorang pun gi la solat dulu. Solat jamak siap2. Japgi nak pergi Garden of Morning Calm pula.
Omooo, sempat lagi amik gambar kat sini before nak naik ferry nak balik. Haissh,,, bila la nak ada orang kat sebelah ni mcm dlm gambar tu. Jealousss!!
Ok, dah2. Takyah nak jealous-jealous lagi. Jom pergi Garden of Morning Calm pula.
to be continued.....