Monday, November 23, 2015

Korea Travelogue Autumn 2015 - Day 1 ::Incheon Airport::

6 Nov 2015
Assalamualaikum.. Ayeayyy!! Lagi 2 hari dah nak fly ke Korea. Tak sabarnya nak gi usha oppa hasil cosmetic surgery. Excited gilaaaa. Tapi cuak juga at the same time. Almaklumlah berdua je. Backpacker pula tu. Semua buat sendiri. Lekk luu.. Jangan excited dulu. Kena settlekan benda-benda yang wajib dulu before fly. So, lets go to Setia City Mall untuk tukar duit. Memandangkan dompet ni tak berapa nak tebal, so tukar duit sikit sahaja. Aku tukar RM1550 je. Dapat lah 400,000 won. Shootttt. aku dah cuak dah. Boleh ke aku survive kat Korea tu karang. Tapi tawakkal je la... 





Tengah seronok-seronok pusing-pusing kat Setia City Mall tu tiba-tiba aku ternampak kedai Sangkaya ni. So disebabkan teringin nak jadi konon-konon macam hipster sikit, so aku mula lah berusaha dengan keras dengan membuat puppy eyes untuk mencairkan hati akak aku untuk belanja makan aiskrim kelapa kat sini. And aku berjaya!! Yess!! 
Well, ok je la aiskrim ni. Rasa macam ais krim kelapa kat depan Jabatan Forensic kat RSHS Bandung dulu. Hihiiii. Takpelah. Nak merasa. Orang belanja pula tu. 

Balik je dari Setia City Mall tu, aku pun start la aktiviti packing bag n aktiviti menyelongkar wardrobe akak aku untuk mencuri meminjam baju-baju/kasut-kasut/glove/stoking akak aku. Hahahaaa. Berasa sangat beruntung bila ada kakak ni. :D
Dah habis packing, acah-acah la timbang bag aku pakai penimbang berat badan yang ada kat rumah tu. Alamakkk!!! 13kg!! Macam mana ni. aku dah menggelabah bontot dah since luggage amik 20 kg je. So aku assume Akmal pun mesti la around 10 kg juga kan. kitorang dah janji nak divide 2. So disebabkan kegelabahan bontot yang semakin menjadi-jadi, aku pun decide untuk tambah luggage jadi 25 kg. Xpelah. tambah rm10 je. Berserah je la. 

8 Nov 2015
Hari yang ditunggu-tunggu tiba juga. Pagi tu aku gerak around pukul 530 pagi dari rumah akak aku. Mulanya plan taknak mandi pagi tu. Tapi fikir punya fikir, aku amik keputusan untuk mandi la juga sebab aku risau orang yang duduk sebelah aku dalam flight nanti pengsan pula. Seat aku n Akmal tak sebelah-menyebelahi tapi depan belakang. Kalau Akmal yang duduk sebelah aku memang aku malas dah nak mandi. Around pukul 6 macam tu sampai rumah Akmal kat Putra Height pastu terus memecut ke KLIA2. Tak turun salam ngan mak Akmal pun. Sangat tak sopan perempuan ini. Sampai KLIA2, after print out ticket kat Kiosk Airasia, kitorang pun beratur untuk drop luggage. And guess what??? Tak sampai 20 kg pun luggage kitorang dua orang sebab luggage Akmal 5kg macam tu je. So, what's the point of me to add on the luggage punya berat. Pembaziran telah berlaku. Sedih!! Takpelah, perjalanan harus diteruskan. Flight pukul 740 pagi.

So, perjalanan diteruskan and here I am inside the plane taking picture of the magnificent view throughout the window. Lawa sangat. Kagum dengan ciptaan Allah S.W.T

Sambil menikmati keindahan alam ciptaan tuhan, sambil menikmati keenakan Nasi Lemak Pak Nassir. Aku memang peminat tegar nasi lemak ni kalau nak flight AirAsia. Kite bagi 5 bintang!!
Yeayy.. Touchdown sudah. Excited sangat time tengok Incheon Airport ni. Sampai around pukul 3 mcm tu kot. Pukul 3 waktu Korea. Meaning pukul 2 waktu Malaysia. Sampai je airport, kitorang gi topup T-money kitorang yang dapat free dari KTO kat KL haritu. Aku isi 50,000 won. Lepas tu berlegar-legar la aku kat Incheon Airport tu cari musolla. Tapi, nan hado. Tersesat sampai ke tempat sembahyang org bukan Islam. So, lebur lah solat Zohor and Asar aku. Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dosa hambamu yang kerdil ini. Sobsss


Hasil perbincangan awal dengan tuan rumah aku :: Jin-ho :: ,kitorang pun pergi cari airport bus no 6011. Harga 10,000 won untuk one way ke rumah dia. nasib la naik bas ni. Kalau tak, memang merana la aku rasa kena usung bag naik turun tangga subway tu ha. Kitorang naik bas no 6011 ni and berhenti kat Changdeokgung Station. Mesti korang rasa macam familiar kan nama tu. Yes, u're right. Tu la Changdeokgung palace yang sangat famous kat Seoul tu. Memang lawa dengan Secret Garden dia tu. Tak sia-sia duduk kat rumah si Jin-ho ni. Dekat dengan Changdeokgung Palace n Bukchon Hanok Village. Dah la murah pulak tu. Aku just bayar rm500 je untuk penginapan kat rumah Jin-ho ni untuk 10 hari 9 malam. Best2!! Dah la Jin-ho ni tersangat la baik. Siap tunggu kitorang kat station bas lagi n tolong bawakan luggage kitorang pergi rumah dia. 5 stars to you Jin-ho!!


Mengisi perut yang kelaparan dengan kimbap segitiga tuna mayo n the so called famous banana milk tu. Sempat rembat time topup T-money kat 7eleven kat airport tadi. Btw, kena pakai seatbelt je dalam bas ni. Yang ni aku suka sebab almaklumlah, accident ni boleh berlaku di mana2. Patut buat kat Malaysia juga.

Bersambung.......
Esok nak pi Nami Island n Garden of Morning Calm...