Monday, October 26, 2015

Korea Travelogue Autumn 2015: The Preparation

      Annyeong Haseyo daripada agashi yang tengah jaga kaunter KTO tu. Wahhh, tajuk entry tak nak kalah. Nk guna bahasa omputih je tajuk kan. Tapi isi melalut dalam bahasa melayu juga. Mihihihiiii.
Yeahyeah, less than 2 weeks aku akan fly ke Korea. Weeehoooooo.. Me so excited!!

Ok, lets back to my preparation thingy. Kalau sape2 yang suka baca my blog mesti terperasan yang aku ada tulis entry pasal special gift yang KTO nak bagi ke rakyat Malaysia yang akan pergi ke Seoul sampai paling lewat December 2016. Takpe, kalau korang tak terbaca entry tu n rasa korang nak juga hadiah T-money n Coupon Booklet yang macam aku dapat ni, jangan segan silu, sila la klik link ni --> AkuNakTMoneyFreeJuga!! Kat sini aku bagitau cara-cara macam mana nk dapat T-money & coupon booklet macam aku dapat ni

     Ok, actually aku sangat la bersemangat nak dapatkan T-Money tu sebab konon-kononnya nak la T-Money Big Bang limited edition kan. Tapi sedih sangat!! Big Bang punya dah habis. So, diorang ganti dengan yg lain. Sobbbssss. Sedih. Tak dapat nak tatap muka TOP lama-lama. Tu la, padahal ada je option untuk suruh diorang post barang-barang tu tapi risau sangat benda-benda tu hilang. So, gigih lah aku google cara-cara nak pergi KTO kat bangunan HapSeng tu naik monorail. Rasa nak tercabut kaki jalan. Takpe la, prepare sebelum lagi banyak nak berjalan kat Korea nanti. Almaklumlah backpacker's style.

 
     Waaaa, jakun sangat tengok pamphlet banyak gila kat sini. Free of charge ok!! Ada satu booklet yang ada coupon juga dalam tu selain daripada coupon booklet yang aku dapat sebab isi survey dari KTO ni. Hampir semua yang diorang display kat situ aku amik taruk dalam paper bag yang dia bagi. Kikikiiii.
 
      Ni la antara yang berguna untuk aku. Banyak yang tak guna sangat. Buat semak je amik. Kekekeee. Tengok, siap ada buku pasal Korea Travelogue tulisan tangan aku lagi. Trip's itinerary kali ni dari A-Z aku yang uruskan memandangkan partner in crime aku sibuk memanjang dengan keje houseman dia tu. Ni masak aku ni kalau tersalah bawa akmal masuk lorong yang salah. Huwaaaa, stressnya. Kwangkwangkwang. Akmal, jangan marah aku kalau aku salah lead ko nanti time kat Korea. Kita harunginya bersama-sama ok. Muahciked!!

      Ni la T-money yang menyedihkan tu. Dah xde dah yang Big Bang punga. Ala sedihnyaaaa... Takpe la, hopefully kat Korea nanti terserempak lah ngan BigBang.
Teheeeeeeeeeeeeeeeeeee

 
     Yeay dapat free ticket utk Gapyeong City Tour. Kalau tak kena bayar 5000won kot satu hari punya trip. Tengah duit xde ni haruslah menghargai benda-benda free ni. Boleh la pergi Nami Island n Garden of Morning Calm dengan hati berbunga-bunga n bahagia.

     Tengok, kagum dengan diri sendiri sebab berjaya buat itinerary ke Korea. So, marilah kita menghitung hari menanti saat untuk terbang ke Korea. Yabedabedooo!!

Sape yang akan fly ke Korea between 8-17 November 2015 ni juga? Jumpa nanti kenyit-kenyit la mata sikit. :D

Wednesday, October 7, 2015

Fighters 0105 at Tioman Island

Assalamualaikum..
Lama pula rasanya tak update blog ni. Bukan sebab takde masa tapi tak tau nak update pasal apa. Sume pun normal stuff je. 
So, last weekend ada la abnormal stuff sikit yang terjadi kat aku. Haha. abnormal la sangat.
Hari Sabtu n Ahad lepas (3 & 4 Oktober) aku telah berjaya pergi bercuti ke Pulau Tioman. Actually benda ni dah lama plan. Dah plan 1 month before. Masa plan tu belum jerebu lagi udara kat Malaysia ni. Disebabkan dah plan lama n semua orang pun dah beli flight ticket time tu, sokitorang terpaksa la proceed with the plan. 
     Aku dah gerak dari Cameron Highlands dari hari Rabu lagi sebab ada some stuff yang kena settlekan kat HKL. Whatttt, mesti korang tertanya-tanya kan ape la houseman yang dah tak houseman ni buat kat HKL kan. Hahaha. After dah settle hal kat HKL, aku berkampung kat rumah akak aku dulu kat Setia Alam.
Then hari Jumaat tu akak aku pun hantar la aku ke stesen komuter Batu 3 & bermulanya pengembaraan solo aku ke JB. Hahahaa.. Tak adventure langsung ok. Setakat pergi JB je pun. Tu la 1st time aku jejakkan kaki ke JB setelah 9 tahun meninggalkan JB. Last pergi JB masa amik result spm 9 tahun yang lepas. Mihihiii. Time tu pun tumpang tido kat rumah Nadshah juga. This time pun tumpang tido kat rumah Nadshah juga. Thanks me amor. Hikhikkk

1st batch yang sampai kat JB. 
From left: Nadia, Nadzirah, Nadhirah, Nadiah. 4 orang Nad. Tapi just 3 org je yg panggil Nad. Mesti pening kepala jadi diorang ni, bila orang panggil Nad confuse nak response ke tak. Takut salah orang. kikikiiii

 
Ni La tempat kitorang stay tido malam-malam. Kat Kampung Genting Pulau Tioman. Dia punya makanan kat yang disediakan kat sini memang tiptop la. Pandai diorang masak. Memang kenyang perut suka hati lah selama makan kat sana. Plan asal masa mula2 jejak kat sini igtkan nak melepak malam2 sambil makan burger ramli tapi pelamin anganku musnah sebab perut dah kenyang makan makanan yang diorang sediakan untuk kitorang ni. Omnomnommmmm

Ni lah tempat makan dia. Ni kitorang amik gambar time makan BBQ malam selepas kitorang penat bersnokeling keliling pulau. Dia punya udang memang best. Daging kambing pun best. Tapi aku lebih teruja nak maka udang sebab kat Cameron Highlands nu susah nak dapat udang. Hahaha. NadJamil & NadSaat pula tak pandang dah udang ni sebab kat Sabah diorang dah selalu makan seafood. 

Get ready to snorkeling!!!!

 Sure ikan yang tengah berenang dalam laut Tioman tu pun jealous dengan semangat srikandi kitorang ni. Bawa logo srikandi kat mana2.

 Nash tengah merenung masa depan. Kitorang tengah syok berperang dengan ikan-ikan kat belakang

 
 Okay, beratur ye anak2. Kat sekolah pun susah nak beratur straight inikan pula kat atas titi ni.

 Wowww, artistic sangat!!

 And the picture of the day goes to this picture. Bergambar dengan ikan-ikan yang kelaparan.
 
 
 Ok, till we meet again Tioman. Walaupun jerebu, trip kali ni berjaya dengan jayanya!!

Balik  dah semua orang menjalani kehidupan masing-masing. Hahah, drama sangat..

Before kena hantar kat airport kita gi isi perut dulu. Kudos to Nadshah sebab belanja makan makanan Thai ni. Bukan setakat belanja makan je, dialah yang jemput n hantar kitorang ke airport, dia lah yang kasi tumpang kat rumah dia n dia juga lah yang tolong arrangekan trip kali ni. Memang seorang MO yang berdedikasi sangat. 
p/s: dia tak bagi kitorang tengok resit harga makan kat Absolute Thai Restaurant ni. Hahaha. Tomyam kat sini pedas nak mati. Terasa menyucuk ke dinding perut aku.
Lepas makan2 ni sempat lagi teman NadJamil shopping longjohn kat Universal Traveler kat JPO ni. Almaklumlah, semek ni nak gi travel kat Iceland nnt. Dengar nama tempat je pun dah terasa sejuk menggigil-gigil. Haruslah beli baju tebal setaraf dengan baju yang orang eskimo selalu pakai tu. Hahaha..

Till we meet again korang. 
#fighters0105
#STFians